Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sesi meja bundar akan diadakan demi siap siaga terhadap pengganasan

Singapura sedang meningkatkan usaha dalam menghadapi pengganasan dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak sesi meja bundar akan diadakan demi siap siaga terhadap pengganasan

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan usaha dalam menghadapi pengganasan dalam masyarakat.

Ini termasuk mengadakan lebih banyak sesi dialog untuk meningkatkan kesedaran berhubung ancaman pengganas.

Sehingga 40 sesi Meja Bundar Respons Masyarakat (CRRT) akan diadakan menjelang hujung tahun ini.

Lebih 100 peserta terlibat dalam satu sesi perbincangan meja bundar yang dianjurkan di Tampines pada Sabtu (19 Okt).

Para peserta terdiri daripada ahli dan kakitangan sekolah, agensi khidmat sosial dan badan agama.

CRRT merupakan wadah yang ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu berkaitan radikalisasi dan tanda-tandanya.

"Kalau dalam hal memahami tentang agama dan juga tentang pemahaman isu-isu yang berlaku kepada umat Islam, rujuklah kepada pakar-pakarnya yang ada, yang sedia untuk menjawab semua kemusykilan yang ada."

"Saya memberikan jaminan kepada penduduk Tampines keamanan tetap ada dan kita harus berwaspada dan berjaga-jaga dan bersiap kalaulah sesuatu berlaku, kita harus dapat keluar daripada krisis tersebut dengan tenang dan mengekalkan kepercayaan yang ada antara masyarakat dan dengan pemerintah," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

"Perbincangan yang kita adakan tadi itu memberikan banyak pendedahan dan juga kesedaran, apa yang kita harus lakukan dan kita bekerja keras dan bekerjasama dengan organisasi yang lain, daripada juga agama-agama yang lain untuk membuat satu platform atau mengadakan cara untuk intervensi dalam anti pengganasan ini," kata pegawai di Masjid Darul Ghufran, Ustaz Shafaat Syonan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan