Skip to main content

Singapura

Lebih banyak semakan protokol keselamatan bagi sektor binaan sejak tragedi Nicoll Highway

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Apr 2024 08:26PM Dikemas Kini : 19 Apr 2024 10:07PM
SINGAPURA: Genap dua dekad sejak tragedi Nicoll Highway berlaku, protokol keselamatan yang dikemas kini secara kerap, kini menjadi satu kebiasaan bagi sektor binaan.

Ini termasuk lebih banyak semakan oleh pihak ketiga, serta peningkatan pada pemantauan dan kemahiran jurutera.

Selain itu, pelbagai langkah keselamatan turut diperkenalkan selepas tragedi tersebut.

Tanah kosong itu merupakan tempat berlakunya tragedi 20 tahun lalu yang meragut empat jiwa.

Satu siasatan pemerintah mendapati bahawa penilaian tidak tepat terhadap mutu dan keadaan tanah, serta kesilapan pada reka bentuk sistem sokongan di dalam tanah, menyebabkan runtuhan berlaku.

Seorang pakar berkongsi, mengapa kesilapan sedemikian kemungkinan besar tidak lagi akan berlaku.

Encik David Ng, Pengerusi, Jawatankuasa Teknikal Kejuruteraan Awam & Struktur berkata: "Penyeliaan kini dijalankan oleh pihak ketiga yang bebas. Oleh itu jika berlaku sebarang isu ketara di tapak kejadian yang menunjukkan mungkin reka bentukya tidak selamat, pasukan penyelia akan menyorotnya.

"Juga, pengurusan data dan maklumat yang tidak tepat di tapak binaan tidak mungkin lagi berlaku pada masa kini," katanya.

Selain itu, sofwe berkaitan model dan peralatan di sektor binaan turut berkembang dengan teknologi.

Lantas, para jurutera dapat membuat penilaian lebih tepat sebelum kerja-kerja bermula di tapak binaan.

Juga, terdapat lebih ramai jurutera profesional yang berdaftar.

Syarikat yang menawarkan khidmat kejuruteraan profesional juga turut melonjak.

Setiap enam bulan, syarikat-syarikat binaan juga mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Tujuannya, membincangkan prestasi keselamatan serta membentangkan isu-isu yang timbul.

Menurut LTA, protokol keselamatan hari ini adalah lebih tinggi berbanding kepiawaian industri sedia ada.

Namun, sektor binaan akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Antaranya, disebabkan pelbagai projek binaan bawah tanah, serta perubahan iklim yang menyebabkan paras air laut meningkat.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita