Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sampul hongbao dikitar semula

Lebih banyak sampul hangbao merah kini dikitar semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak sampul hongbao dikitar semula

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Jan 2020 01:34PM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 02:40PM

SINGAPURA: Lebih banyak sampul hongbao merah kini dikitar semula.

Demikian menurut Ketua Pensijilan Sekitaran dari Majlis Sekitaran Singapura, Liow Chean Siang.

Sebuah syarikat, Tay Paper Recycling, menyatakan pihaknya menerima 4 tan sampul hongbao pada tahun lalu untuk dikitar semula.

Ia adalah 4 kali jumlah yang dikumpulkan pada tahun 2018.

Pada tahun ini, syarikat itu menganggarkan sekitar 8 tan sampul hangbao akan dikitar semula.

Syarikat itu meningkatkan usahanya bagi mengitar semula bukan sahaja sampul-sampul hongbao tetapi juga barangan lain yang digunakan bagi perayaan itu seperti kotak-kotak, yang telah digunakan oleh pihak-pihak bank seperti DBS dan OCBC.

Bank-bank juga menggalak rakyat Singapura supaya memanfaatkan khidmat pemindahan wang bagi memberi hongbao.

DBS menyatakan lebih 1.5 juta dolar telah dipindahkan ke kad-kad hadiah QR sejak bank itu memulakan inisiatif itu pada tahun lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan