Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak rumah privet dijual pada 2024 meski kurang projek baharu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2025 07:59PM Dikemas Kini : 16 Jan 2025 12:44AM
SINGAPURA: Penjualan rumah privet menjunam 92 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya.

Para penganalisis hartanah mengatakan, ini memang dijangkakan memandangkan kurangnya bekalan rumah baharu dan para pembeli pula melancong ke luar negara pada Disember.

Projek perumahan seperti The Collective di One Sophia membentuk sekitar separuh daripada unit yang dijual di pusat bandar.

Namun bagi seluruh tahun 2024, lebih 6,500 rumah dijual iaitu naik 2.2 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Ini meskipun jumlah unit yang dilancarkan adalah lebih rendah.

Tahun lalu, projek kondominium eksekutif paling laris ialah Novo Placem mencatatkan penjualan sebanyak 158 unit.

Hampir 90 peratus daripada unit itu sudahpun ditempah.

Pakar-pakar menjangkakan harga rumah privet naik antara 4 hingga 7 peraus tahun ini disebabkan kurangnya bekalan rumah yang sudah siap dibina dan kadar pinjaman yang lebih rendah.

Pengarah Kanan Analisis Data Huttons Asia Lee Sze Teck berkata: "Kadar faedah buat masa ini, apa yang kita saksikan, ia susut sedikit dari awal 2024. Jadi ia sebenarnya sudah memberikan pembeli lebih banyak, apa yang diistilahkan sebagai jumlah pinjaman tambahan, disebabkan kejatuhan pada kadar faedah itu sendiri.

"Mereka boleh menggunakannya untuk memasuki pasaran rumah baharu bagi membeli (unit) di pelancaran baharu."

Namun, Ketua Penyelidik dan Ahli Strategi OrangeTee Group Christine Sun pula berkata bahawa lebih banyak pelancaran projek dijangkakan pada tahun baru ini.


"Jadi itu juga mungkin memacu penjualan rumah baharu. Lantas dengan lebih banyak projek penjualan baharu yang akan dilancarkan, ia juga bermakna kebanyakan urus niaga mungkin dijual pada harga lebih tinggi sedikit kerana kita tahu bahawa rumah-rumah baharu biasanya dijual pada harga lebih tinggi berbanding flat jualan semula," kata Cik Sun.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan