Lebih banyak rumah privet baharu dijual pada Jun, namun catat jualan separuh tahun paling rendah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar :iStock)
SINGAPURA: Pembelian rumah privet baharu meningkat pada Jun, namun pasaran masih mencatat rekod paling rendah bagi separuh tahun.
Data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Jul) menunjukkan bahawa, melainkan kondominium eksekutif, para pemaju menjual 228 unit pada Jun, naik 2.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Dengan 1,916 unit yang dijual pada separuh pertama 2024, ini menandakan jumlah separuh tahun yang paling rendah dicatat sejak 2008, iaitu lebih rendah berbanding separuh kedua 2008 - ketika krisis kewangan global di mana 1,977 unit dijual, menurut ketua penyelidikan CBRE Asia Tenggara Tricia Song.
Ketua penyelidik dan ahli strategi OrangeTee Christine Sun turut menyatakan bahawa jumlah itu lebih rendah berbanding tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19, yang mana 3,863 unit dijual pada separuh pertama 2020.
Berdasarkan tahun ke tahun, penjualan rumah privet merosot 18 peratus bulan lalu berbanding 278 unit yang dijual pada Jun 2023.
JUALAN PERLAHAN PADA JUN
Para penganalisis hartanah berkata bahawa peningkatan kecil dalam pasaran adalah disebabkan cuti sekolah pada Jun dan kurangnya pelancaran projek besar dalam tempoh itu.
Pengarah kanan analitik data Huttons Lee Sze Teck menambah bahawa pembeli "kekal memilih dan prihatin terhadap bajet melihat pada iklim ekonomi sekarang ini".
Menurut penganalisis hartanah, penjualan bulan lalu didorong oleh unit-unit yang dijual di Luar Kawasan Tengah (OCR) , menyumbang kepada sebanyak 57.9 peratus. Ini disusuli oleh jualan Baki Kawasan Daerah Utama (RCR) sebanyak 31.1 peratus dan Kawasan Daerah Utama (CCR) pada 11 peratus.
"Kurangnya pelancaran utama baharu dan pengenalan pembangunan yang lebih kecil di segmen RCR pada separuh pertama 2024 membantu mengekalkan minat dalam hartanah ini, menunjukkan permintaan yang berterusan dalam pasaran," kata ketua penyelidikan dan analitik data Singapore Reality Inc Mohan Sandrasegeran.
UNJURAN SEPARUH KEDUA 2024
Namun, penganalisis hartanah menjangkakan bahawa penjualan rumah privet mungkin meningkat pada Julai dengan pelancaran lebih banyak projek seperti Sora, di sepanjang Yuan Ching Road di Daerah Jurong Lake, dan Emerald of Katong di Jalan Tembusu.
Menurut Cik Sun, beliau turut menjangkakan "peningkatan ketara" pelancaran projek pada awal Ogos dan Oktober "melihat pada permintaan yang terpendam bagi rumah baharu berikutan jurang sebulan dalam pelancaran projek".
Walaupun penjualan dijangka meningkat pada Julai, Cik Song berkata pendirian tentatif dalam kalangan pembeli berkemungkinan berterusan sehingga kadar faedah turun dan ekonomi pulih.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.