Lebih banyak rumah kampung akan dibaik pulih di bawah fasa seterusnya Projek Ubin; bakal lancar Sekolah Ubin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak rumah kampung akan dibaik pulih di bawah fasa seterusnya Projek Ubin yang kini berusia lebih sedekad.
Selain itu, satu inisiatif 'Sekolah Ubin' boleh dijangkakan bagi menggalakkan pendidikan tentang alam sekitar.
Matlamat Projek Ubin adalah memastikan agar warisan semula jadi dan budaya Pulau Ubin terus dipelihara.
Mengulas mengenai rancangan tersebut, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata: "Kerja-kerja di Pulau Ubin, semangat yang ditampilkan sepanjang 10 tahun lalu adalah hasil kerjasama rapat, yang berasaskan keyakinan, kolaborasi dan komunikasi terbuka.
"Kami kini mengamalkan model-model kerjasama ini di merata Singapura. Kerjasama dan rangkaian ini juga membantu kami menangani cabaran-cabaran berskala besar sebagai sebuah negara," tambahnya.
Usaha memulihara biodiversiti akan terus diutamakan sepanjang 10 tahun akan datang.
Satu tinjauan baharu di habitat bakau Pulau Ubin serta lebih banyak program penghutanan semula dan penemuan spesies akan dijalankan.
Antaranya, spesies Cinnamon Bush Frog akan diperkenalkan.
Mulai tahun depan, Lembaga Taman Negara (NParks) akan membaik pulih lima rumah kampung yang kini kosong bagi kegunaan ruang untuk masyarakat dan komersil.
"Saya fikir projek ini adalah sesuatu yang kita perlukan supaya generasi lebih muda, malah generasi sekarang juga dapat merasakan bagaimana suasana pada zaman dahulu, untuk tinggal di rumah-rumah kampung seperti ini," jelas Cik Siti Rahmah, anggota Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Siglap.
Para pelajar sekolah rendah dan menengah akan berpeluang menghadiri 'Sekolah Ubin' apabila dilancarkan nanti.
Di bawah inisiatif itu, mereka boleh mempelajari tentang kekayaan landskap ekologi dan sejarah budaya Pulau Ubin.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.