Skip to main content

Singapura

Lebih banyak ruang solat Aidilfitri tahun ini, tempahan hanya untuk sesi pertama di Masjid Darul Ghufran

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak ruang solat Hari Raya Aidilfitri disediakan tahun ini iaitu sebanyak 240,000 kesemuanya.

Jumlah itu sekitar 11,000 lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Demikian menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatannya di laman Instagram.

BERIKUT MASJID-MASJID YANG ADAKAN SATU, DUA DAN TIGA SESI SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Sebanyak sembilan masjid akan mengadakan tiga sesi solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sesi pertama di masjid-masjid itu akan bermula pada 7.20 pagi dan sesi kedua pula bermula pada 8.45 pagi.

Sesi ketiga akan dilaksanakan pada 9.45 pagi.

Sesi pertama di kebanyakan masjid akan bermula pada 7.20 pagi manakala sesi kedua pada 8.45 pagi dan sesi ketiga pula dijangkakan bermula pada 9.45 pagi.

Namun, sebanyak 14 masjid seperti Masjid Sultan, Masjid Al-Falah dan Masjid Petempatan Melayu Sembawang - akan memulakan sesi pertama dan kedua pada waktu-waktu yang berbeza-beza iaitu pada 8.00 pagi, 8.30 pagi dan 8.45 pagi.

Selain itu, orang ramai juga tidak perlu membuat tempahan kecuali bagi sesi pertama di Masjid Darul Ghufran.

Tempahan akan dibuka pada 10 pagi, Rabu depan, menerusi laman ini

Masjid di Tampines itu antara 35 masjid yang mengadakan dua sesi solat.

Lagi 25 masjid termasuk Masjid Omar Kampong Melaka dan Masjid Mydin pula menawarkan satu sesi solat.

Orang ramai juga boleh mendirikan solat sunat Aidilfitri di 40 lokasi kendalian kumpulan-kumpulan Qaryah masjid.

Jumlah itu lebih tinggi tahun ini berbanding 34 lokasi tahun lalu.

9 Masjid Tawarkan 3 Sesi Solat:


1. Masjid Khadijah
2. Masjid Al-Mawaddah
3. Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
4. Masjid Abdul Gafoor
5. Masjid Angullia
6. Masjid Al-Khair
7. Masjid Ar-Raudhah
8. Masjid Assyakirin
9. Masjid Assyafaah

25 Masjid Tawarkan 1 Sesi Solat (Bermula 7.20 pagi):


1. Masjid Abdul Aleem Siddique
2. Masjid Mydin
3. Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)
4. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
5. Omar Salmah
6. Jamiyah Ar-Rabitah
7. Masjid Al-Amin
8. Masjid Bencoolen
9. Masjid Mujahidin
10. Masjid Omar Kampong Melaka
11. Masjid Tentera Di Raja
12. Tasek Utara

(Bermula 8.00 pagi)
13. Masjid Al-Falah
14. Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer)
15. Masjid Hajjah Fatimah
16. Masjid Al-Abrar

(Bermula 8.30 pagi)
17. Masjid Temenggong Daeng Ibrahim
18. Masjid Ba'alwie

(Bermula 8.45 pagi)
19. Masjid Jamek Queenstown
20. Masjid Al-Huda
21. Masjid Hussain Sulaiman
22. Masjid An-Nahdhah
23. Masjid Petempatan Melayu Sembawang
24. Masjid Jamae (Chulia)
25 Masjid Kampong Delta

35 Masjid Tawarkan 2 Sesi Solat (Sesi 1: 7.20 pagi, Sesi 2: 8.45 pagi)


1. Masjid Al Abdul Razak
2. Masjid Alkaff Kampung Melayu
3. Masjid Al-Ansar
4. Masjid Al-Islah
5. Masjid Al-Istighfar
6. Masjid Sallim Mattar
7. Masjid Kassim
8. Masjid Al-Taqua
9. Masjid Darul Aman
10. Masjid Darul Ghufran (tempahan diperlukan untuk Sesi 1)
11. Masjid Kampung Siglap
12. Masjid Khalid
13. Masjid Wak Tanjong
14. Masjid Ahmad Ibrahim
15. Masjid Al-Istiqamah
16. Masjid Alkaff (Upper Serangoon)
17. Masjid Al-Muttaqin
18. Masjid An-Nur
19. Lokasi sementara Masjid Darul Makmur
20. Masjid En-Naeem
21. Masjid Haji Yusoff
22. Masjid Muhajirin
23. Masjid Yusof Ishak
24. Masjid Moulana Mohd Ali
25. Masjid Sultan (Sesi 1: 8.00 pagi, Sesi 2: 9.15 pagi)
26. Masjid Malabar
27. Masjid Ahmad
28. Masjid Al-Firdaus
29. Masjid Al-Iman
30. Masjid Al-Mukminin
31. Masjid Darussalam
32. Masjid Hang Jebat
33. Masjid Hasanah
34. Masjid Maarof
35. Masjid Pusara Aman

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita