Lebih banyak ruang akan diubah suai jadi kemudahan sukan dalam tempoh lima tahun
SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mengkaji bagaimana bangunan lama dan ruang di bawah jejambat boleh diubah suai menjadi kemudahan sukan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Satu contoh ialah di Farrer Park, di mana sebuah terminal bas berfungsi sebagai gelanggang 'pickleball' pada hari-hari biasa, sebelum kembali menjadi pusat pengangkutan pada hari Ahad.
Terminal bas ini boleh menempatkan sehingga lapan gelanggang 'pickleball'.
Ini adalah contoh bagaimana ruang boleh digunakan dengan baik bagi tujuan sukan.
Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan berkata: "Seperti yang dinyatakan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semasa Jawatankuasa Peruntukan (COS), mereka juga ingin membuka ruang lain, contohnya, di bawah jejambat dan selainnya.
"Saya rasa itu benar-benar menunjukkan permintaan yang baik, kukuh dan sihat daripada rakyat yang ingin kekal aktif, bergerak aktif, dan saya rasa itu bagus untuk kecergasan kita, kesejahteraan kita, kedua-dua fizikal dan mental."
Terdapat rancangan untuk menambah 50 gelanggang pelbagai guna untuk sukan badminton dan 'pickleball' di seluruh negara.
Ia seiring matlamat menyediakan kemudahan sukan yang dimampui dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari kebanyakan rumah menjelang 2030.
Sebelum mana-mana ruang diubahsuai, pemeriksaan lengkap akan dilakukan bagi menentukan kesesuaiannya.
Satu lagi pertimbangan adalah akses mudah dari kawasan perumahan berhampiran, sambil mengimbangi isu bunyi bising yang mungkin timbul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.