Skip to main content

Singapura

Lebih banyak relawan dikerah jelang masjid lanjut operasi bagi solat 5 waktu

Lebih ramai sukarelawan dikerahkan bagi membantu menguruskan pembukaan semula 46 masjid bagi semua waktu solat, bermula esok (8 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jun 2020 08:05PM Dikemas Kini : 07 Jun 2020 09:40PM

SINGAPURA: Lebih ramai sukarelawan dikerahkan bagi membantu menguruskan pembukaan semula 46 masjid bagi semua waktu solat, bermula esok (8 Jun).

Ini bagi memastikan langkah-langkah keselamatan terus dilaksanakan, dengan lebih ramai jemaah dijangka datang ke masjid secara keseluruhannya.

Namun para jemaah diingatkan, ada waktu-waktu tertentu di mana mereka mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menunaikan solat.

46 MASJID DIBUKA BAGI LIMA WAKTU SOLAT ESOK

Jika sekarang, masjid hanya dibuka bagi solat zuhur dan asar sahaja, bermula esok, sebanyak 46 masjid akan membuka pintunya kepada jemaah bagi semua lima waktu solat.

Bagi solat subuh, masjid akan dibuka dari 5.30 pagi hingga 7.00 pagi.

Pintu masjid dibuka semula dari 1.00 tengah hari hingga 9.00 malam bagi solat zuhur hingga isyak.

Related article image

Masjid Darul Ghufran adalah salah satu masjid yang dibuka semula untuk solat lima waktu.

Sepanjang seminggu masjid dibuka semula, ia menerima antara 40 hingga 50 jemaah setiap hari yang datang untuk solat zuhur dan asar.

MASJID DARUL GHUFRAN KERAH SEHINGGA 30 RELAWAN

20 kakitangan Masjid Darul Ghufran akan dibantu para relawan bagi memastikan semua operasi dan langkah-langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan lancar esok.

Related article image

Ketua Jabatan Ilmu dan Dakwah Masjid Darul Ghufran, Ustaz Ahmad Nafis Mohammed Roslan menjelaskan: "Kakitangan masjid akan dibantu seramai 20 atau 30 relawan dalam pengurusan pembukaan semula masjid (bagi semua waktu solat). Kami akan membahagikan tugasan-tugasan untuk kakitangan dan sukarelawan ke tiga syif.

Related article image

"Syif pagi atau Subuh adalah sehingga 7.00 pagi, kemudian keduanya pada jam 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang dan ketiganya dari 6.00 petang hingga ke 9.00 malam."

Bermakna, sehingga 50 kakitangan dan relawan akan menggembleng tenaga di masjid ini sepanjang hari esok.

JUMLAH RUANG SOLAT KEKAL, WAKTU MENUNGGU DIJANGKA LEBIH LAMA

Dengan had lima jemaah yang masih ditetapkan dalam dewan solat pada satu-satu masa, jumlah ruang yang disediakan untuk jemaah solat juga tidak berubah.

Related article image

Bagaimanapun, kakitangan masjid menjangkakan ada waktu-waktu tertentu yang mana jemaah mungkin perlu tunggu lama sedikit bagi giliran untuk bersolat.

Ini termasuk bagi solat subuh dan maghrib.

Related article image

"Lebihan jemaah itu haruslah menunggu giliran masa mereka untuk menunaikan solat dan juga sebenarnya keutamaan diberikan kepada pekerja penting, yang mana mereka memerlukan ruang untuk menunaikan solat mereka," kata Ustaz Nafis.

WARGA EMAS DINASIHAT SOLAT DI RUMAH

Pihak masjid juga menasihatkan warga emas supaya terus solat di rumah buat masa ini, bagi memastikan jumlah jemaah yang terkawal di pekarangan masjid.

Related article image

(Gambar-gambar: BERITAmediacorp)

Bagi jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, mereka diingatkan supaya membawa keperluan peribadi seperti sejadah dan telekung masing-masing sebelum dibenarkan masuk.

Mereka yang tidak sihat juga tidak akan dibenarkan masuk masjid. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita