Lebih banyak rawatan khusus bagi pesakit barah diperlukan: NUHCS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/Pornpak Khunatorn)
SINGAPURA: Terdapat permintaan agar lebih banyak rawatan jantung khusus disediakan bagi pesakit barah.
Satu kajian Pusat Jantung Universiti Nasional (NUHCS) menunjukkan para pesakit barah mengalami serangan jantung dan angin ahmar, walaupun paras kolesterol mereka lebih rendah berbanding para pesakit yang tidak menghidap barah.
Satu lagi kajian mendapati ada kemungkinan maklumat yang kurang tepat dalam data yang digunakan untuk menetapkan tahap risiko jantung kepada pesakit barah, berbanding mereka yang tidak menghidap barah.
Menurut pusat itu, kajian lanjut diperlukan untuk menangani kesihatan jantung dalam kalangan pesakit barah yang biasanya dikecualikan daripada kajian tersebut.
Sebagai sebuah pusat kecemerlangan sejagat dalam bidang kardio-onkologi, ia mahu memperdalam kerjasama antarabangsa dan mengembangkan keupayaan penyelidikannya.
"Kami sedar bahawa kaedah sedia ada yang kami gunakan untuk cuba menyusun atau meramalkan risiko penyakit jantung dalam kalangan pesakit barah," kata Penolong Profesor Adjung Christopher Khoo, Konsultan di Jabatan Kardiologi NUHCS.
"Apabila kami gunakan hasil sedia ada daripada masyarakat am, terhadap para pesakit barah, kami mendapati bahawa sebenarnYa, ia benar-benar tidak tepat.
"Ia kurang mengambil kira risikonya dan ini menunjukkan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk cuba memahami risiko penyakit jantung dalam kalangan pesakit barah," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.