Lebih banyak rakan kongsi bantu pelajar IHL harungi landskap media baharu
Para mahasiwa bidang media di Institut Pengajian Tinggi (IHL) kini menerima lebih banyak bantuan untuk menyesuaikan diri dengan landskap industri yang berubah begitu pesat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para mahasiwa bidang media di Institut Pengajian Tinggi (IHL) kini menerima lebih banyak bantuan untuk menyesuaikan diri dengan landskap industri yang berubah begitu pesat.
IHL menjalin kerjasama dengan sehingga 50 peratus lebih banyak pertubuhan berbanding sebelum ini, dalam usaha membantu para pelajar mengharungi trend-trend baharu yang dibawa oleh teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Sebagai contoh, Politeknik Ngee Ann (NP) membangunkan pelbagai kelas bersama rakan-rakan industrinya yang terdiri daripada pihak media, jagaan kesihatan, syarikat telko dan juga bank.
Kelas-kelas tersebut membentuk sebahagian daripada peningkatan 25 peratus dalam kerjasama yang dicapai NP sepanjang setahun lalu.
Para pelajar kini meneroka bidang baharu seperti drama mikro dan pembuatan filem dengan AI.
"Cabaran yang ada memastikan pelajar kita mudah sesuaikan diri, relevan dan berdaya cipta. Bagaimana kita lakukannya adalah dengan melibatkan industri secara mendalam dalam kurikulum, kerana industri berada di barisan hadapan perubahan ini.
"Semakin banyak kita dan para pelajar kita terdedah kepada industri, semakin banyak ia dapat memaklumkan kami tentang arah tujuannya," Pengarah Sekolah Pengajian Filem & Media, Politeknik Ngee Ann, Leslie Tan.
Di Politeknik Temasek (TP), ia terus mengikuti permintaan industri.
Mulai 2026, TP akan perkenalkan kursus gabungan AI dan analitik data untuk para pelajar tahun pertama.
"Kami dapati bahawa syarikat dan pertubuhan kami, yang mereka mahukan bukan sekadar pencipta kandungan, tetapi juga yang celik AI, yang mahir data.
"Jadi mereka tahu bagaimana untuk kumpul data dan bagaimana menggunakan data tersebut untuk bantu mereka berkaitan strategi kandungan," kata Pengurus Sekolah Perniagaan, Politeknik Temasek, Li Yann Long.
Bagi Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kerjasama tempatan dan global sudah ditingkatkan dengan sebanyak 50 peratus sejak 2024.
Ia memberi para pelajar lebih banyak peluang dalam bidang seperti teknologi, reka bentuk permainan video, serta media sosial.
Walaupun teknologi seperti AI adalah sebahagian daripada kurikulum, NTU memastikan, seni kekal menjadi tumpuan utama.
"Asas artistik kekal sebagai teras kerana jika anda tidak mempunyai asas ini, anda akan hadapi kesukaran untuk mengenal pasti huraian terbaik di antara begitu banyak alat seperti AI generatif yang ditawarkan, dan anda akan tersesat, bukan? Kerana anda mendapat begitu banyak pilihan, begitu banyak hasil yang berbeza. Bagaimana untuk anda bezakan antara yang baik dan yang buruk?" kata Ketua, Sekolah Seni, Reka Bentuk & Media, NTU, Profesor Hans-Martin Rall.
Maktab Seni LASALLE juga merangkul kini inovasi dengan gaya serupa.
Dengan AI, teknologi imersif dan media baharu sudah pun tersedia dalam kursus-kursusnya, ia kini berhasrat untuk menambah perkara seperti analitik dan penjumlahan hasil sambil memastikan pelajar-pelajar media tetap berpegang kepada mutu penceritaan yang kekal sepanjang zaman.
"Cerita penting dalam sebarang bentuk kisah, sama ada satu kisah baharu, satu dokumentari, sama ada anda membuat video TikTok, cerita sangat penting.
"Lama-kelamaan, orang akan kembali bertanya, apakah jenis cerita yang kita kisahkan? Bukan sahaja cerita, tetapi ditambah kreativiti, menjadi enjin ekonomi. Kerana apabila menjana ekonomi, mereka memberi inspirasi kepada masyarakat untuk meneruskannya ke generasi seterusnya," kata Timbalan Presiden & Provos, Maktab Seni LASALLE, Dr Venka Purushothaman.
Perkongsian tiga tahun baru-baru ini dengan Mediacorp juga akan memperlihatkan para pelajar LASALLE bekerjasama dalam bidang seperti dokumentari dan reka bentuk.

Sumber : CNA/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.