Skip to main content

Singapura

Lebih banyak projek rumah privet akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak projek rumah privet akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang

(Gambar: MCC Land)

Diterbitkan : 10 Jan 2023 09:33AM

SINGAPURA: Lebih banyak pembangunan hartanah privet baru dijangka akan dilancarkan pada 2023, dengan satu daripadanya sudahpun dibuka dibuka untuk sesi previu sejak 1 Januari. 

Setelah 21 projek dilancarkan pada tahun lalu, para penganalis meramalkan sekitar 30 hingga 40 projek baru akan dilancarkan pada tahun ini, menambah 10,000 hingga 12,000 rumah baru kepada pasaran. 

Hampir separuh daripada unit-unit tersebut terletak di Pinggir Kawasan Daerah Utama (RCR), yang merujuk kepada kawasan-kawasan di pinggir bandar, menurut anggaran para penganalis. 

Lagi kira-kira 30 peratus pula dijangka akan dibina di Luar Tengah Bandar (OCR) atau di luar kawasan bandar, manakala 20 peratus di Kawasan Tengah Bandar (CCR). 

Sebanyak 10 projek mungkin dilancarkan dalam masa tiga bulan akan datang, kata Encik Ismail Gafoor, CEO PropNex Realty. 

"Kami menjangkakan, sesetengah pembeli yang menangguhkan pembelian disebabkan oleh kekurangan pilihan yang sesuai sebelum ini, akan menyasarkan pelancaran projek-projek berkenaan, yang akan membantu memenuhi permintaan terpendam, terutama sekali bagi rumah-rumah yang terletak di OCR," katanya.

Para penganalis turut menjangkakan harga hartanah akan kembali stabil, meningkat lebih perlahan tetapi tidak akan merosot. 

"Pelancaran projek baru pada 2023 dijangka akan mencatatkan prestasi yang baik, namun sebahagian besar penjualannya dikaitkan dengan pilihan terhad dalam masa terdekat," kata Dr Lee Nai Jia, Ketua Maklumat Hartanah - Huraian Sofwe dan Data di PropertyGuru. 

Cik Tricia Song, Ketua Penyelidikan (Asia Tenggara) di CBRE, pula mengatakan para pemaju berkemungkinan akan menanggung kos tanah dan kos binaan yang lebih tinggi, namun pertumbuhan harga mungkin lebih perlahan berbanding 8.4 peratus yang dicatatkan pada 2022 dan 10.6 peratus yang dilaporkan pada 2021.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita