Lebih banyak program latihan bagi sukarelawan Team Nila tingkatkan kepakaran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi-agensi sukan Singapura akan mempertingkatkan kepakaran para sukarelawan Team Nila, termasuk memperluaskan latihan kepimpinan.
Ini sedang Singapura berminat untuk menganjurkan lebih banyak acara kesukanan berperingkat tinggi.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan demikian sempena meraikan ulang tahun ke-10 Team Nila.
Team Nila kini mempunyai seramai 50,000 sukarelawan.
Sepanjang sedekad lalu, para sukarelawan Team Nila telah menyokong lebih 2,800 acara, meluangkan lebih 1.5 juta jam.
Sumbangan mereka bahkan menjangkaui acara sukan.
Ini termasuk mengagihkan pelitup semasa pandemik dan membungkus sumbangan derma untuk mangsa gempa bumi di Turki pada 2023.
PM Wong merupakan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia ketika Team Nila dilancarkan pada 2015.
Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menyokong para sukarelawan.
"Kami akan melancarkan lebih banyak program latihan untuk anda supaya para sukarelawan boleh mendalami kepakaran mereka dalam bidang seperti pengurusan pertandingan sukan atau logistik acara," kata PM Wong.
"Kami juga akan memupuk dan membangunkan lebih banyak sukarelawan untuk menjadi ketua sukarelawan, ada di antara anda yang sudah bersedia untuk memikul lebih tanggungjawab seperti berkhidmat sebagai pengurus perkhidmatan bagi lokasi-lokasi tertentu."
PM Wong menambah kumpulan sukarelawan yang kukuh membolehkan negara ini menganjurkan lebih banyak acara sukan bermutu tinggi.
Tahun ini, kira-kira 10,000 sukarelawan Team Nila akan terlibat dalam acara besar-besaran seperti Kejohanan Akuatik Dunia pada Julai, diikuti dengan Kejohanan Renang Para Dunia pada September.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.