Lebih banyak prasarana bakal dibina untuk pertingkat ketersambungan di Joo Chiat
Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan rumah kedai di Joo Chiat. (Gambar: Visit Singapore/ Facebook)
SINGAPURA: Penduduk di kawasan Joo Chiat boleh menjangkakan ketersambungan lebih baik, dengan lebih banyak prasarana berbasikal dirancang bagi melengkapi stesen MRT Siglap dan Marine Terrace yang sedang dibina.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Edwin Tong mengumumkan perkembangan tersebut di pameran bergerak Laluan Thomson-East Coast.
Selain stesen-stesen MRT baharu itu, lebih banyak kawasan riadah dan kemasyarakatan bakal disediakan di Joo Chiat.
Apabila selesai menjelang 2030, rangkaian berbasikal Joo Chiat sepanjang 11 kilometer, akan menghubungkan beberapa titik pengangkutan, kemudahan serta penghubung taman.
Di estet Siglap dan Frankel, kerja-kerja menutup longkang dan peningkatan yang lain akan dimulakan lewat tahun ini, menjadikannya lebih mesra pejalan kaki.

Sumber : CNA/AM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.