Lebih banyak pilihan runcit, F&B bagi penduduk Choa Chu Kang selepas pusat beli-belah dinaik taraf
Para penduduk Choa Chu Kang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah dan bersiar-siar di kawasan kejiranan itu.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penduduk Choa Chu Kang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah dan bersiar-siar di kawasan kejiranan itu.
Ini selepas Pusat Beli-Belah Limbang dibuka semula selepas menjalani kerja-kerja naik taraf besar-besaran yang bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk yang kian berubah-ubah.
Kerja-kerja naik taraf itu juga sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan semula kawasan-kawasan kejiranan di merata Singapura.
Pusat Beli-Belah Limbang yang baharu itu dihiasi dengan dinding bermotifkan Peranakan.
Reka bentuk baharu pusat beli-belah itu dilakarkan hasil maklum balas daripada para penduduk dan penyewa di bangunan itu.
"Apa yang kami lakukan di sini adalah satu contoh bagaimana kami memastikan estet-estet HDB di seluruh Singapura kekal bertenaga dan boleh didiami.
"Kami bekerja rapat dengan masyarakat dan kami secara sistematik menyemak dan mengemas kini estet-estet lama.
"Bagi pusat-pusat kejiranan seperti Pusat Beli-Belah Limbang, kami menaik taraf bangunan itu supaya ia setanding dengan peredaran masa," kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.
Selain berbelanja barangan dapur di pasar basah, para penduduk di kawasan itu juga boleh membeli-belah di pasar raya yang kini sekitar 50 peratus lebih besar.
Selain itu, Pusat Beli-Belah Limbang kini mempunyai 15 kedai makanan dan minuman (F&B) iaitu lebih dua kali ganda berbanding sebelumnya.
Lebih daripada 100 pusat kejiranan sedemikian telah dibina dan dinaik taraf sejak 1967.
Terdapat rancangan untuk menaik taraf lagi lima pusat beli-belah sedemikian dalam masa beberapa tahun akan datang termasuk Joo Chiat Complex dan Pioneer Mall.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.