Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak pilihan kediaman bagi warga emas

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam usaha menawarkan perumahan lebih inklusif, warga emas mungkin akan mendapat lebih banyak pilihan untuk membeli apartmen jagaan masyarakat.

Ini termasuk meluaskan konsep khidmat jagaan masyarakat dari estet perumahan awam kepada model sekitaran privet. Projek perintis sedemikian sedang diusahakan di Parry Avenue di Kovan.

Satu tender bagi model sedemikian akan dilancarkan kemudian.

Sebelum ini, apartmen jagaan masyarakat dirintis di Bukit Batok, dan sebuah lagi akan dilancarkan di Queenstown.

Flat-flat itu disertakan dengan pilihan bagi khidmat jagaan, pembersihan rumah dan penyediaan makan minum untuk penghuni.

Ia mempunyai tempoh pajakan lebih singkat, iaitu antara 15 dengan 35 tahun.

Pihak berkuasa menyatakan ia akan menyemak sambutan terhadap konsep perumahan sedemikian sebelum menentukan sama ada lebih banyak pilihan perumahan sedemikian perlu ditawarkan.

Seorang pengamat berkata, kemudahan sedemikian boleh menyediakan jagaan yang lebih khusus bagi warga emas. 

"Sedang penduduk semakin menua, dan kita mempunyai lebih ramai warga emas yang sebenarnya memerlukan bantuan untuk aktiviti harian mereka, terdapat keperluan untuk meluaskan kemudahan jagaan bagi memenuhi keperluan sedemikian," kata Pengarah Kanan Penyelidikan bagi Huttons Asia Lee Sze Teck. 

Sumber : CNA/HA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan