Lebih banyak perumahan awam dijangka dibina di Mountbatten
Lebih banyak perumahan dijangka dibina di Mountbatten, iaitu sebuah kawasan yang diperuntukkan sebagai kawasan kediaman dalam pelan induk terkini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak perumahan dijangka dibina di Mountbatten, iaitu sebuah kawasan yang diperuntukkan sebagai kawasan kediaman dalam pelan induk terkini.
Para penganalisis berkata ia adalah lokasi utama yang boleh didirikan ribuan flat baharu, seiring dengan tekad pemerintah untuk menawarkan pilihan kediaman berhampiran pusat bandar.
Mountbatten Square menempatkan penyewa seperti firma guaman serta prasekolah.
Namun, para penyewa kini bersiap sedia untuk berpindah kerana bangunan itu terletak dalam kawasan yang bakal menjalani pembangunan semula.
Dengan keluasan sekitar tujuh hektar, atau bersamaan 10 padang bola sepak, lokasi tersebut merupakan sebuah tapak rizab sebelum ini.
Ia kini diperuntukkan bagi kegunaan perumahan, "bergantung kepada perancangan terperinci" dalam pelan induk terbaharu bagi tahun ini.
Para pengamat hartanah menjangkakan perumahan awam akan dibina, sesuai matlamat pemerintah menyediakan perumahan sedemikian berhampiran pusat bandar.
Permintaan bagi flat-flat sedemikian juga dijangka melonjak.
"Dua flat BTO HDB yang dilancarkan di kawasan itu sebelum ini – Dakota One dan Dakota Breeze, mendapat tempahan sangat tinggi. Contohnya, untuk Dakota One pada 2020, flat empat bilik terima tempahan 14 kali ganda bekalan," kata Pengarah Eksekutif ERA SG, Eugene Lim.
Pembangunan semula kawasan Mountbatten dijangka berlaku serentak dengan pemindahan Pangkalan Udara Paya Lebar bermula 2030, justeru ini bermakna, pemansuhan had tinggi bangunan serta pembinaan flat-flat lebih tinggi.
Ia juga sesuai dengan rancangan lebih meluas untuk mengubah wajah kawasan Kallang, termasuk Hab Sukan.
Flat-flat baharu Mountbatten mungkin ditawarkan seawal 2027, memandangkan tempoh pajakan bagi kawasan itu berakhir pada Mac tahun depan.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.