Skip to main content

Singapura

Lebih banyak perlu dilakukan untuk bersaing dengan syarikat pemandu kereta sewa, gesa syarikat pengendali dan pemandu teksi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Mar 2024 08:32PM Dikemas Kini : 11 Mar 2024 08:55PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengendali teksi dan para pemandu teksi menyatakan lebih banyak lagi perlu dilakukan, bagi memastikan mereka dapat bersaing secara setara dengan syarikat-syarikat pemandu kereta sewa.

ComfortDelgro menyatakan, lebih banyak usaha perlu diberikan kepada langkah membantunya meluaskan jumlah pemandu.

Persatuan Teksi Nasional pula menyatakan, pada akhirnya walaupun lebih ramai pemandu menyertai sektor itu, mereka mahukan pendapatan lebih besar.

Luahan tersebut dikeluarkan meskipun Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kos buat pengendali dan pemandu teksi.

Ini termasuk memperkenalkan dasar baharu yang membolehkan teksi dipandu selama 10 tahun, sebagai antara usaha mengurangkan kos buat syarikat pengendali.

Bagaimanapun, Persatuan Pengendali Teksi Strides-Premier menyatakan usaha tersebut tidak begitu membantu.

Ini kerana faktor yang membuatkan para pemandu teksi kekal, adalah soal pendapatan, bukan soal kos sedemikian.

ComfortDelgro pula menyatakan, ia mengalu-alukan langkah melanjutkan hayat teksi daripada lapan kepada 10 tahun, kerana ia akan mengurangkan kos mendapatkan kenderaan baharu.

Namun menurut ComfortDelgro, ia masih akan mengalami kos penyenggaraan teksi yang tinggi.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita