Lebih banyak penutupan dirancang untuk penyenggaraan MRT: Jeffrey Siow
Para penumpang perlu menjangkakan lebih banyak penutupan laluan MRT yang dirancang memandangkan rangkaian rel Singapura semakin usang dan memerlukan masa penyenggaraan yang lebih panjang untuk menaik taraf secara besar-besaran.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang perlu menjangkakan lebih banyak penutupan laluan MRT yang dirancang memandangkan rangkaian rel Singapura semakin usang dan memerlukan masa penyenggaraan yang lebih panjang untuk menaik taraf secara besar-besaran.
Demikian kata Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow pada Rabu (19 Nov).
Berucap di Sidang Puncak Pengendali Metro Antarabangsa di Marina Bay Sands, Encik Siow berkata Singapura setakat ini mengehadkan waktu penyenggaraan demi mengutamakan operasi MRT untuk para penumpang.
“Namun apabila rangkaian kami semakin usang, kami perlu mengimbangi semula keutamaan ini sedikit, untuk menyediakan lebih masa untuk kerja naik taraf besar-besaran yang memerlukan tempoh penyenggaraan berterusan,” kata beliau.
Buat masa ini, kebanyakan kerja penyenggaraan dijalankan dalam tempoh 3.5 jam setiap malam - dari penghujung waktu operasi MRT hingga ia disambung semula pada waktu pagi. Setelah mengambil kira masa untuk mengerah dan mengalih keluar peralatan berat, pasukan penyenggaraan hanya mempunyai sekitar dua jam bagi kerja-kerja sebenar.
“Ini hampir tidak mencukupi untuk menyediakan sistem bagi operasi pada keesokan paginya, apatah lagi melakukan kerja naik taraf besar-besaran,” kata Encik Siow.
Pendekatan semasa untuk memanjangkan sedikit waktu penyenggaraan - dengan menamatkan operasi lebih awal dan memulakannya lebih lewat - tidak lagi memadai, tambah beliau.
“Kita perlu mula merancang penutupan berjadual yang lebih panjang. Ini akan membolehkan kerja-kerja pembaikan disiapkan dengan lebih cepat, dan sama pentingnya, ia juga akan menjadikan keadaan lebih selamat bagi para pekerja pengangkutan.”
Kenyataan Encik Siow menyusuli cadangan daripada pasukan petugas keandalan rel yang ditubuhkan baru-baru ini, yang mengusulkan penutupan berjadual lebih panjang pada bahagian-bahagian rangkaian tertentu untuk meningkatkan ketahanan.
Salah satu contohnya adalah penutupan segmen pada Laluan Timur-Barat dari 29 November hingga 8 Disember, bagi menghubungkan laluan tersebut ke Depoh Bersepadu East Coast yang baharu. Pilihan bas dan MRT alternatif akan disediakan, namun masa perjalanan dijangka lebih panjang.
“Saya mohon kerjasama para penumpang agar kami dapat melaksanakan kerja penyenggaraan dan pembaikan yang diperlukan, dan menikmati hasil peningkatan dalam bentuk keandalan,” kata Encik Siow.
CABARAN TEKNOLOGI, TENAGA MANUSIA
Selain kekangan jadual, Encik Siow menekankan beberapa cabaran lain dalam melaksanakan penyenggaraan dan naik taraf bagi sistem rel.
Salah satunya ialah kemajuan teknologi pengangkutan awam yang perlahan. Walaupun sistem metro biasanya canggih semasa ia mula dibuka, sistem itu tidak lama kemudian menjadi usang.
“Teknologi bergerak dengan sangat pesat, namun sistem warisan tidak boleh dinaik taraf dengan mudah,” kata beliau.
Meskipun sensor pemantauan prestasi masa nyata kini semakin murah, menambah baik sistem lama untuk mengumpulkan data sedemikian kekal sukar dan mahal. Banyak tugas penyenggaraan juga masih manual, seperti pemeriksaan terowong.
Encik Siow menarik perhatian bahawa para pengendali sedang membangunkan alat teknologi baharu: SBS Transit sedang membangunkan robot anjing untuk memeriksa kerosakan MRT, manakala SMRT sudah mengautomasi Depoh Bishan dengan menggunakan kenderaan berpandu rel dan peralatan canggih.
“Namun saya fikir lebih banyak boleh dilakukan dalam bidang ini,” kata beliau.
Satu lagi cabaran adalah kekurangan bakat baharu. Kerja-kerja penyenggaraan rel memerlukan tenaga fizikal, menjadikannya kurang menarik dalam kalangan pekerja muda, katanya.
Pada masa yang sama, sistem metro baharu memerlukan kemahiran teknikal yang sangat khusus dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan sistem, dengan persaingan sengit untuk mendapatkan tenaga mahir.
Institusi seperti Akademi Rel Singapura dan Akademi Pengangkutan Nasional, bersama inisiatif-inisiatif seperti Biasiswa Industri SGRail, bertujuan membentuk generasi karyawan rel seterusnya.
Encik Siow menambah bahawa sebahagian daripada dana S$1 bilion yang diperuntukkan bagi penyenggaraan rel akan menyokong pembangunan tenaga manusia.
“Segala usaha ini akan mengambil masa sebelum membuahkan hasil, namun saya percaya kita akan mendapatkan hasil tenaga manusia yang lebih baik dalam beberapa tahun akan datang,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.