Lebih banyak peluang untuk pelajar dewasa SG raih ijazah universiti berautonomi
SINGAPURA: Tidak lama lagi, lebih ramai rakyat Singapura berpeluang meraih ijazah dari universiti berautonomi.
Ini kerana "kadar penyertaan kohort sepanjang hayat" bagi ijazah dari universiti awam, akan dinaikkan daripada 50 peratus sekarang kepada 60 peratus menjelang 2025.
Ia akan membolehkan lebih ramai orang meningkatkan kemahiran sepanjang hayat mereka, demi memenuhi permintaan tenaga manusia Singapura.
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata langkah itu melambangkan perubahan pemikiran yang perlu rakyat Singapura dakapi.
"Tidak perlu tergesa-gesa untuk melanjutkan pendidikan kerana akan ada lebih banyak tempat bersubsidi di bawah laluan Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) demi menyokong peningkatan di kemudian hari.
"Ia juga tentang memastikan bahawa format program CET ini sesuai dengan keperluan orang dewasa yang bekerja dan kepada industri mereka," ujar Encik Chan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.