Lebih banyak peluang untuk pelajar buru aspirasi jadi jurutera pengangkutan darat

SINGAPURA: Para pelajar yang mahu menjadi jurutera pengangkutan darat kini boleh mengasah kemahiran mereka dengan lebih banyak peluang disediakan termasuk latihan amali serta latihan di dalam dan luar negara.
Ini menyusuli Memorandum Persefahaman baru yang dimeterai antara SBS Transit dengan ITE.
Salah satu bidang kerjasama yang sudahpun dijalankan adalah diploma kejuruteraan bekerja sambil belajar yang pertama seumpamanya antara SBS Transit dengan ITE.
Program dua tahun setengah itu dimulakan awal bulan lalu.
21 pelajarnya bertugas sebagai perantis dalam kejuruteraan bas atau rel.
Mereka membahagikan masa antara pelajaran di sekolah dan pekerjaan di SBS Transit untuk menimba pengalaman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.