Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak peluang latihan kemahiran, transformasi perniagaan bagi industri daya tarikan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pekerja dan majikan dalam industri daya tarikan tempatan akan mempunyai lebih banyak peluang latihan kemahiran dan mengubah perniagaan mereka.

Persatuan Daya Tarikan, Pusat Peranginan dan Hiburan serta Persatuan Daya Tarikan Singapura merancang untuk mempersiapkan pekerja dan majikan sektor itu bagi pembukaan semula tempat-tempat daya tarikan pelancong di negara ini secara beransur-ansur.

Persatuan itu juga mahu membantu mereka yang bekerja di industri tersebut memahami prospek skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL).

Rancangan tersebut dikongsi dengan lebih 500 pekerja di satu acara sebagai menghargai usaha mereka dalam mempertahankan industri itu semasa pandemik.

Rancangan itu diharapkan dapat membantu industri pelancongan tempatan mengatasi cabaran-cabaran yang ada seperti mengekalkan piawaian kesihatan, keselamatan dan kemahiran perkhidmatan di tengah-tengah masalah kekurangan tenaga kerja.

Sumber : CNA/EM/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan