Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak peluang bagi masyarakat libatkan diri dalam program KidSTART

Lebih ramai sukarelawan diperlukan bagi program KidSTART yang diluaskan untuk menyokong 5,000 lagi kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2020 07:53PM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 09:37PM

SINGAPURA: Lebih ramai sukarelawan diperlukan bagi program KidSTART yang diluaskan untuk menyokong 5,000 lagi kanak-kanak.

Lebih banyak peluang akan disediakan untuk masyarakat melibatkan diri dalam program itu yang membantu proses perkembangan kanak-kanak dari keluarga yang kurang bernasib baik.

Cik Suwanty dan anaknya yang berusia dua tahun menyertai KidSTART tahun ini.

Para pegawai KidSTART akan menghubungi ibu bapa sepertinya untuk memberi nasihat mengenai kesihatan dan perkembangan anak-anak mereka.

Cik Suwanty berkata beliau telah melihat perubahan positif dalam tingkah laku anaknya.

Keluarga berpendapatan tidak lebih S$2,500 sebulan dan mempunyai anak berusia sehingga 6 tahun layak menyertai program KidSTART.

Pengarah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), Rahayu Buang berkata masyarakat memainkan peranan sangat besar dalam membina hubungan dengan keluarga dan jenis sokongan yang disediakan kepada keluarga yang menyertai program itu.

Menurutnya, para sukarelawan dapat saling melengkapi sokongan yang disediakan kakitangan profesional.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan