Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak pelawat dikesan cuba guna identiti orang lain di pusat pemeriksaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2023 04:43PM Dikemas Kini : 17 Feb 2023 09:46PM
SINGAPURA: Dengan jumlah pengunjung melonjak pada 2022, pihak berkuasa mengesan jumlah orang yang cuba memasuki Singapura dengan identiti lain atau menyamar sebagai orang lain meningkat sebanyak 15 kali ganda.

Meskipun hanya ada 28 kes sedemikian pada 2021, jumlahnya melonjak kepada 441 tahun lalu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (17 Feb).

Dengan menggunakan "sistem pelepasan biometrik berbilang modal" di pusat pemeriksaan, memudahkan pengesanan pengunjung yang cuba masuk dengan menggunakan identiti identiti orang lain atau menyamar sebagai orang lain daripada yang digunakan semasa masuk Singapura sebelumnya.

ICA menyatakan ia juga mengendalikan hampir 105 juta pengunjung tahun lalu, berbanding hanya enam juta pada 2021.

MENGESAN ANCAMAN

Pegawai ICA juga mengesan meningkatnya pengunjung yang menggunakan dokumen palsu atau telah diusik - naik daripada hanya satu pada 2021 kepada 21 pada 2022.

Selain daripada kes di pusat pemeriksaan, ICA juga memberkas pesalah imigresen menerusi operasi di darat.

Sejumlah 414 pesalah diberkas, 357 daripadanya merupakan warga asing yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Pada 2021, 299 individu sedemikian diberkas.

Baki mereka yang diberkas adalah pendatang haram, meningkat sedikit daripada 56 kes pada 2021 kepada 57 pada 2022.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang melindungi pendatang haram dan majikan pesalah imigresen turun sebanyak empat peratus, daripada 236 pada 2021 kepada 226 tahun ini.

PERCUBAAN MENYELUDUP

ICA menyatakan pegawainya berjaya mematahkan beberapa percubaan menyeludup barangan larangan dan dadah ke Singapura melalui pusat pemeriksaan darat, udara dan laut.

Jumlah kes barang larangan yang dikesan meningkat dengan banyaknya daripada 27,000 pada 2021 kepada 35,000 pada 2022.

ICA menyatakan sejumlah besar bekalan rokok dan dadah ditemui disembunyikan bersama barangan lain di dalam lori.

Cara ia diseludupkan juga disifatkan sebagai "licik" dan canggih dengan pesalah menyembunyikan barangan tersebut dalam tayar ganti, panel pintu atau dalam pelbagai kompartmen yang diubah suai di dalam kenderaan.
Sumber : CNA/HY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan