Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak pekerjaan dijangka ditawarkan dalam bidang teknologi makanan, pengurusan air dan sisa

Lebih banyak pekerjaan berkaitan pemuliharaan alam dijangka diwujudkan dalam bidang-bidang seperti teknologi makanan serta pengurusan air dan sisa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2021 08:05PM Dikemas Kini : 09 Mar 2021 10:14PM

SINGAPURA: Lebih banyak pekerjaan berkaitan pemuliharaan alam dijangka diwujudkan dalam bidang-bidang seperti teknologi makanan serta pengurusan air dan sisa.

Dalam wawancara dengan CNA 93.8, Menteri Negara bagi Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan berkata ini kerana adanya rancangan untuk mengembangkan sektor-sektor seperti industri pertanian makanan.

Teknologi yang berkembang dalam pemuliharaan dan pembersihan air juga dapat membuka peluang-peluang pekerjaan baru.

Namun sedang Singapura mempergiat usaha untuk menjadi sebuah bandar yang lebih mesra alam, Encik Tan memberi amaran ia akan juga menyebabkan kos dan kesulitan yang lebih tinggi.

"Kita perlu mencapai keseimbangan dari segi dasar yang kita bangunkan, tetapi dari sudut pandangan individu, kita harus bertanya kepada diri kita sendiri (sejauh mana kita bersedia untuk harungi,) berapa banyak kita bersedia untuk menyumbang kepada usaha kelestarian ini kerana ia bukan hanya mengenai masa kini, ia mengenai masa depan kita.

"Saya rasa itulah pilihan sebenarnya yang harus kita buat, sama ada dari segi penggunaan penghawa dingin, atau kaedah pengangkutan. Adakah kita bersedia untuk memasuki platform pengangkutan yang lebih bersih," kata Encik Tan.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan