Lebih banyak pekerjaan dalam bidang AI ditawarkan bagi lulusan pengajian tinggi di SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Lebih banyak pekerjaan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) akan tersedia untuk para lulusan institut pengajian tinggi di Singapura.
Syarikat sofwe Jerman, SAP, pada Rabu (14 Jun) menyatakan pihaknya akan mengambil dan melatih sekitar 200 jurutera AI di kemudahannya di Singapura dalam tempoh dua tahun akan datang.
Langkah tersebut bakal menggandakan jumlah karyawan kejuruteraan di SAP.
Hampir 50 jawatan sudahpun diisi sepanjang tiga bulan lepas.
Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata komitmen itu dapat bantu Singapura mengembangkan jumlah bakat yang ada.
Ia seiring dengan usaha membantu perniagaan menyedari nilai ekonomi AI.
"AI diharap membawa manfaat kepada pekerja. Melalui set kemahiran yang diperluas, sewajarnya mereka dapat melakukan lebih banyak lagi daripada sebelumnya, dan meraih tahap kepuasan lebih tinggi," kata Cik Teo.
"Akan tetapi, ini dengan syarat majikan mereka melabur dalam latihan pekerja serta mereka semula pekerjaan sewajarnya bagi menggalak kemajuan kerjaya," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/NM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.