Lebih banyak papan tanda, peronda NParks di Taman Mata Air Panas Sembawang susuli 'kelakuan tidak senonoh'
Para pengunjung Taman Mata Air Panas di Sembawang merebus telur dan merendam badan mereka meskipun ia hanya untuk mencelup kaki mereka saja.
SINGAPURA: Para pengunjung Taman Mata Air Panas di Sembawang merebus telur dan merendam badan mereka meskipun ia hanya untuk mencelup kaki mereka saja.
Perbuatan seperti itu dan penyalahgunaan kemudahan mendorong Lembaga Taman Negara (NParks) untuk mengerahkan lebih ramai kakitangannya ke sana bagi menasihati orang ramai mengenai tatalaku yang sewajarnya dan ia juga memasang lebih banyak papan tanda dengan panduan tentang cara-cara untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp pada Isnin (20 Jan), NParks menyatakan bahawa ia sudah menerima maklum balas daripada orang ramai sesetengah anggota masyarakat yang melakukan perbuatan tidak senonoh sejak daya tarikan itu dibuka pada awal bulan ini.
Taman itu ditutup pada Ogos 2018 bagi menjalani kerja-kerja peluasan dan naik taraf bernilai S$4.3 juta, serta dilengkapi dengan ciri-ciri baru. Tarikan utama adalah sebuah kolam air panas di mana orang ramai boleh mencelup kaki mereka.
Malah, para pengunjung juga boleh mengambil air dan menggunakan air tersebut untuk kegunaan masing-masing. Ada juga yang menggunakan air tersebut untuk merebus telur di sana.
Bagaimanapun, NParks menyatakan bahawa segelintir pengunjung dilihat menuang air mata air "yang tidak diinginkan" pada tumbuh-tumbuhan di taman tersebut atau ke dalam kolam - selain kelakuan lain yang dinyatakan sebelum ini.
Dalam satu gambar yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki dilihat merendam seluruh tubuhnya di dalam kolam air panas itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.