Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak panel suria bakal dipasang di merata Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Nov 2023 06:03PM Dikemas Kini : 14 Nov 2023 10:37PM
SINGAPURA: Lebih banyak panel suria akan dipasang di merata Sentosa sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2030.

Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) juga sedang meneroka pemasangan panel suria di laluan pejalan kaki.

Satu program perintis laluan panel suria itu akan dipasang di Fort Siloso Skywalk pada suku pertama 2024 selama tiga bulan.

Ia akan membantu menilai penggunaan platform seperti laluan pejalan kaki untuk menjana tenaga suria.

Buat masa ini, lebih 5.2 megawatt tenaga suria sudah dicapai, melebihi sasaran kapasiti awal sebanyak 3 megawatt .

Tenaga bersih yang dihasilkan itu boleh mengimbangi pelepasan karbon yang dijana bilik hotel selama kira-kira 98,000 hari.

Sentosa juga sedang meneroka beberapa lagi bentuk tenaga yang boleh diperbaharui.

"Angin dan arus air semuanya teknologi yang menarik yang sedang kami pantau, tetapi kami tidak melakukan itu bersendirian," kata
Pengarah Divisyen, Perancangan SDC, Lee Cheh Hsien.

"Kami akan melakukannya dengan rakan-rakan industri, pakar-pakar industri dan mereka akan membantu kami dalam perjalanan ini," ujarnya.
Sumber : CNA/AY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan