Lebih banyak muzium di SG perkenal program mesra demensia
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Muzium Negara Singapura (Gambar: Lembaga Warisan Negara)
SINGAPURA: Lebih banyak muzim setempat melancarkan program mesra pesakit demensia sedang jumah golongan itu semakin meningkat.
Sekitar 86,000 penduduk Singapura kini mengalami demensia, namun pakar-pakar memberi amaran jumlah itu boleh melebihi 130,000 dalam tempoh sedekad.
Kajian mendapati kegiatan seni boleh menambah baik keadaan pesakit sambil membuatkan minda mereka aktif.
Kegiatan-kegiatan yang dijalankan juga disokong para sukarelawan mahupun penjaga pesakit.
Pertubuhan Demensia Singapura menyatakan pihaknya menyokong ruang masyarakat seperti muzium menjadi sekitaran selamat bagi pesakit demensia sedang jumlah kes yang bertambah memberi lebih tekanan kepada hospital dan klinik.
Namun, ia menambah, perubahan yang dilakukan mesti lebih daripada setakat mengadakan program saja.
Antara huraian lain termasuk melatih kakitangan untuk memberi respons kepada keperluan pengunjung yang mengalami demensia, memperbaiki arahan diberikan serta menyediakan ruang senyap.

Sumber : CNA/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.