Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak motosikal elektrik di jalan raya SG tetapi wujud hambatan bagi penggunaan secara besar-besaran

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Terdapat lebih banyak motosikal elektrik di jalan-jalan raya Singapura pada tahun lalu, namun jumlahnya kekal rendah. Malah, kebanyakan motosikal elektrik tersebut adalah daripada firma-firma yang sedang berusaha untuk menerapkan ciri-ciri hijau dalam bekalan motosikalnya.

Terdapat sebanyak 117 motosikal elektrik yang berdaftar setakat Januari tahun ini. Meskipun jumlahnya kecil, ia lonjakan 20 kali ganda daripada hanya lima motosikal elektrik berdaftar yang dicatatkan pada 2021.
Daripada jumlah keseluruhan itu, hanya dua motosikal elektrik saja yang dimiliki oleh individu, manakala bakinya didaftarkan di bawah syarikat dan pertubuhan.

Pakar industri menjelaskan bahawa para pengguna bersikap berhati-hati untuk membeli motosikal elektrik sedemikian disebabkan harganya yang tinggi serta kekurangan prasarana mengecas.

FIRMA GUNAKAN MOTOSIKAL ELEKTRIK

Pusat Memandu ComfortDelGro di Ubi memulakan kursus motosikal elektriknya pada bulan lalu ketika minat umum terhadap kenderaan lebih hijau semakin meningkat.

Kursus tersebut hanya disediakan bagi mereka yang sudah memiliki lesen motosikal yang sah.
(Gambar: CNA/Jeraldine Yap)
Latihan tersebut mengambil masa selama setengah hari, termasuk sesi teori dan praktikal. Ia mendedahkan pelajar dengan lebih dekat lagi kepada peranti dan kawalan motosikal elektrik itu serta garis panduan mengenai penggunaannya di Singapura.

MENGAPA PENGGUNA ENGGAN MEMBELI MOTOSIKAL ELEKTRIK?

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), terdapat sekitar 143,000 motosikal yang berdaftar di Singapura. Kebanyakan daripadanya merupakan motosikal enjin pembakaran dalaman.

Para pengguna mengatakan bahawa mereka prihatin untuk membeli sebuah motosikal elektrik sebahagiannya disebabkan harganya yang mahal - sekitar 50 peratus lebih tinggi berbanding motosikal lain yang menggunakan minyak.
(Gambar: CNA/Jeraldine Yap)
Antara lain yang menjadi keprihatinan para pengguna juga adalah pengecasan motosikal elektrik tersebut. Bateri yang boleh ditanggal tidak boleh dicas di rumah, dan tempat mengecas kenderaan elektrik (EV) semasa yang tersedia di merata Singapura kebanyakannya khusus untuk kereta saja.

Keengganan pasaran untuk beralih kepada motosikal elektrik boleh menghambat rancangan Singapura untuk menghentikan penggunaan kenderaan bahan api fosil menjelang 2040, menurut para pengamat.

PENGECASAN DAN PRASARANA

Dalam ia menaruh harapan untuk mengatasi masalah pengecasan, sebuah syarikat pemula MO Batteries sedang menguji motosikal elektrik dengan bateri yang boleh diganti.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa meskipun jumlah motosikal elektrik di jalan raya kecil buat masa ini, masih terdapat minat dalam kalangan perusahaan dan masyarakat penunggang motosikal terhadap pasaran motosikal elektrik itu.

"Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat positif. Pemandu-pemandu tersebut suka akan kenderaan tersebut dan syarikat-syarikat juga senang dengan hakikat bahawa mereka mampu mengurangkan pelepasan mereka," ujar pengasas syarikat tersebut, Tom Streitberg.

Syarikat itu malah bersedia untuk memperluaskan usahanya, namun perlu menantikan syarat-syarat pemerintah yang lebih menyeluruh mengenai pengecasan dan bateri.

Undang-undang sedia ada bagi motosikal elektrik hanya menyatakan jenis kenderaan yang boleh digunakan di jalan raya dan lebuh raya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan