Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak masjid akan tawar satu sesi solat Jumaat mulai 5 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2022 02:57PM Dikemas Kini : 31 Jul 2022 08:34PM

SINGAPURA: Bermula 5 Ogos, lebih banyak masjid akan menawarkan hanya satu sesi solat Jumaat. 

Bagi sesi pertama, para jemaah harus membuat tempahan slot untuk beberapa masjid yang terpilih. 

Buat sesi kedua pula, para jemaah tidak perlu membuat tempahan slot. 

Ruang solat bagi muslimah hanya akan dibuka kepada para jemaah semasa sesi kedua. 

Anda perlu membawa sejadah, telekung peribadi (Muslimah) dan pelitup muka anda.

SafeEntry dimansuhkan di masjid-masjid yang menawarkan 500 ruang solat. 

Para jemaah hanya perlu mengesahkan status vaksinasi mereka apabila masuk ke masjid-masjid berkenaan melalui aplikasi TraceTogether di telefon bimbit ataupun melalui token TraceTogether. 

Untuk butiran lanjut mengenai perubahan-perubahan tersebut, anda boleh melungsuri laman web go.gov.sg/mosqueprayer ataupun melalui laman Facebook MUIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan