Lebih banyak latihan, peluang bangunkan kerjaya bagi arkitek
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan diberikan bagi memupuk generasi arkitek seterusnya bagi Singapura, daripada laluan latihan yang diperhalusi hingga pilihan pembangunan kerjaya yang diperluaskan bagi mereka yang sudah aktif dalam bidang tersebut.
Langkah-langkah itu bertujuan memperkukuh bakat, sedang industri itu terus berdepan cabaran mengekalkan arkitek muda di tengah-tengah kekurangan tenaga kerja yang sudah lama berlarutan.
Satu tinjauan baru-baru ini mendapati, hanya tujuh peratus graduan muda mungkin kekal dalam bidang berkenaan dalam jangka panjang.
Seramai 23 arkitek muda menerima pengiktirafan di bawah program "20 under 45" anjuran Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) atas sumbangan mereka terhadap persekitaran binaan Singapura.
Di acara itu, Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah menekankan peri pentingnya pekerjaan itu dalam mencipta ruang di mana rakyat Singapura boleh tinggal, bekerja dan beriadah.
Menteri Kedua Pembangunan Negara dan Menteri Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata: "Sedang kita meraikan pencapaian arkitek hari ini, kita juga mesti memastikan masa depan pekerjaan seni bina kita.
"Menarik dan memupuk bakat memerlukan strategi yang teliti serta komitmen untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut."
Antara langkah untuk memikat bakat baharu, latihan amali sebelum tamat pengajian akan diambil kira sebagai sebahagian daripada pengalaman praktikal yang diperlukan untuk pendaftaran arkitek.
Pada masa ini, ia memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.
Ketua Arkitek Goy Architects Goy Zhenru berkata: "Ini merupakan satu galakan besar bagi generasi muda kerana ia bukan sahaja mendorong mereka untuk melakukan lebih banyak latihan amali, memberi mereka sedikit sebanyak pendedahan tentang industri ini, malah turut mengurangkan tempoh untuk mereka menjadi karyawan yang bertauliah, yang saya fikir amat membantu bagi kami dalam industri ini."

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.