Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak latihan, lanjutan kerjaya akan disediakan dalam sektor jagaan masyarakat

Lebih 100 orang diberikan anugerah AIC bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dan melanjutkan pengajian dalam bidang seperti jagaan paliatif dan fisioterapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak latihan, lanjutan kerjaya akan disediakan dalam sektor jagaan masyarakat
Diterbitkan : 05 Sep 2022 06:13PM Dikemas Kini : 05 Sep 2022 06:15PM
SINGAPURA: Lebih banyak peluang latihan dan lanjutan kerjaya bakal disediakan dalam sektor jagaan masyarakat.

Lebih 100 orang juga diberikan anugerah oleh Agensi Jagaan Bersepadu (AIC).

Ini akan membolehkan mereka meningkatkan kemahiran serta melanjutkan pengajian dalam bidang seperti jagaan paliatif dan fisioterapi.

Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam turut menekankan peri pentingnya majikan menyokong pembangunan kakitangan kerana ia bantu mengekalkan pekerja.

Para penerima anugerah AIC tahun ini termasuk kakitangan jagaan masyarakat serta mereka yang baru menyertai sektor berkenaan.

"Sedang anda maju dalam kerjaya anda dalam sektor jagaan masyarakat, kami mahu anda menunjukkan prestasi terbaik, memegang jawatan penyelia, berani melawan status quo, mengubah cara kerja dilakukan serta meningkatkan taraf sektor ini," kata Cik Rahayu.

Yuran bagi kursus akan dibiayai bersama anugerah itu serta pertubuhan majikan penerima tersebut.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan