Lebih banyak langkah tambahan dalam proses pembinaan Taman Burung baru
Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kawasan Mandai yang akan menempatkan Taman Burung yang baru serta beberapa lagi daya tarikan bertemakan hidupan-hidupan liar.
SINGAPURA: Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kawasan Mandai yang akan menempatkan Taman Burung yang baru serta beberapa lagi daya tarikan bertemakan hidupan-hidupan liar.
Namun memandangkan kawasan itu sering mengalami hujan, lebih banyak langkah tambahan sudah dilakukan dalam proses pembinaannya.
Ini termasuk meletakkan penutup yang dibuat daripada sabut kelapa.
Kerja-kerja pembinaan di kawasan seluas 20 hektar itu bermula awal tahun lalu.
Apabila siap, ia akan menempatkan Taman Burung yang baru.
Memandangkan ia terletak berdekatan kolam-kolam air dan musim tengkujuh sudah tiba, pihak kontraktornya menghadapi beberapa cabaran besar.
Khidmat Kaji Cuaca menyatakan Mandai mengalami lebih banyak hujan berbanding kawasan-kawasan lain dalam tempoh empat tahun lalu.
Enam kolam disiapkan bagi menampung air hujan yang berlebihan agar kawasan itu tidak berlumpur.
Secara keseluruhannya kolam-kolam itu mampu menampung sehingga 21,000 meter padu air hujan - iaitu lapan kali kolam renang saiz Olimpik.
Bagi mencegah pencemaran, air yang dikumpulkan juga dirawat sebelum disalurkan ke longkang-longkang awam.
Dan bagi mencegah air daripada membanjiri jalan raya, dinding penghadang setinggi 500 milimeter juga dibina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.