Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak langkah perlindungan harus disertakan dalam kod tatalaku 'Beli sekarang, bayar kemudian': CASE

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak langkah perlindungan harus disertakan dalam kod tatalaku 'Beli sekarang, bayar kemudian': CASE

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menggesa bagi lebih banyak langkah perlindungan dimasukkan ke dalam kod tatalaku yang baru diumumkan untuk penyedia skim 'Beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL).

Ini termasuk had pembelian maksimum lebih rendah bagi pengguna bawah 21 tahun.

Dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat (21 Okt), Presiden CASE, Melvin Yong berkata kod industri itu adalah "satu langkah ke hadapan namun lebih banyak boleh dilakukan".
BNPL membenarkan pengguna menangguhkan pembayaran ke atas barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membayar kadar faedah.

Untuk menangani kebimbangan mengenai potensi pilihan pembayaran itu boleh menimbulkan masalah hutang kepada orang ramai
Encik Yong menyarankan had pembelian maksimum lebih rendah bagi pembeli bawah 21 tahun.

Ini kerana kebanyakan pengguna berumur antara 18 dan 21 tahun tidak mempunyai sumber pendapatan.

Encik Yong mengesyorkan pengguna dibenarkan untuk menetapkan sendiri had pembelian bagi mengelak bayaran "ansuran bulanan yang berlebihan
dan melampau".

"Kami berharap SFA dan kumpulan kerja BNPL akan mengkaji semula pertimbangan ini dan memperhalusi kod tatalaku untuk terus menjaga kepentingan pengguna," tulis beliau.

Pada Jun lalu, CASE membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan penggunaan perkhidmatan BNPL, yang disifatkannya sebagai berpotensi memberi pengguna "tanggapan palsu tentang kemampuan mereka berbelanja".

Badan pemantau itu menyatakan ia menerima 18 aduan melibatkan skim BNPL sejak satu setengah tahun lalu, dan menggesa agar perlindungan pengguna dilaksanakan.

Dalam catatannya di Facebook, Encik Yong menggesa pengguna supaya memahami terma dan syarat-syarat sebelum menggunakan khidmat BNPL serta mengetepikan wang untuk bayaran ansuran bulanan.

Beliau menambah pengguna yang menghadapi pertikaian dengan penyedia khidmat BNPL boleh menghubungi CASE untuk mendapatkan bantuan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan