Skip to main content

Singapura

Lebih banyak kumpulan masyarakat bantu mangsa ketagih permainan: Agensi khidmat sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kumpulan masyarakat bantu mangsa ketagih permainan: Agensi khidmat sosial

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 03 Nov 2024 09:20PM Dikemas Kini : 03 Nov 2024 09:25PM
SINGAPURA: Agensi khidmat sosial di Singapura menyatakan lebih banyak kumpulan masyarakat tampil untuk membantu mereka yang ketagih dengan permainan.

Ini disebabkan terdapat lebih banyak kesedaran tentang isu tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Namun, sedang permainan menjadi perkara biasa, ramai penagih mungkin tidak dapat dikesan.

Sebuah agensi khidmat sosial menyatakan ia menerima kira-kira 40 kes dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Ia adalah jumlah yang sama disaksikan sepanjang tahun lalu.

"Ia adalah perkara yang biasa di dalam masyarakat kita sekarang. Jadi, bukan sahaja belia yang bermain permainan tersebut. Anda akan lihat golongan lebih berusia dan dewasa yang juga terlibat. Ia adalah perkara yang berlaku pada setiap peringkat usia," kata Alvin Seng, kaunselor di WE CARE Community Services.

"Kebanyakan ibu bapa tidak menganggapnya sebagai masalah, kerana ia dianggap sebagai 'pengasuh'. Anaknya yang bermain, selagi mana anaknya melakukan kerja rumah, tidak menjejas pendidikannya, ibu bapa tidak akan mencari bantuan kaunseling bagi anak mereka," tambahnya.

Sekalipun demikian, pusat kaunseling itu menyaksikan lebih banyak kesedaran dan kewaspadaan terhadap isu tersebut.

Pelbagai institusi mendapatkan nasihat untuk menangani ketagihan permainan dalam masyarakat sendiri, seperti sekolah.

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan bahawa kaunselor di sekolah dilatih untuk menguruskan tingkah laku ketagihan dan mengenal pasti pelajar yang berisiko.

Mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan akan dirujuk kepada Khidmat Pengurusan Ketagihan Nasional.

"Terdapat pelbagai jenis kes yang kami saksikan berkiatan ketagihan permainan. Kebanyakan individu yang kami berjumpa, akan mempunyai lebih daripada satu penyakit," kata Dr Lambert Low, Perunding Kanan dan Ketua, Perubatan Ketagihan, Institut Kesihatan Mental (IMH).

"Ia adalah perkara yang biasa jika kanak-kanak mengalami gejala kemurungan dan tekanan. Segelintir juga mempunyai penyakit gangguan hiperaktif kekurangan perhatian atau gangguan tingkah laku yang berkaitan, dan ada juga yang mengalami masalah pembelajaran.

Dr Low menambah bahawa cara terbaik untuk mengelak ketagih adalah untuk melakukan pelbagai jenis kegiatan, termasuk meluangkan masa di luar.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita