Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kuasa bagi pegawai IRAS sita barangan untuk siasatan antara perubahan Akta GST

Parlimen meluluskan beberapa pindaan kepada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kuasa bagi pegawai IRAS sita barangan untuk siasatan antara perubahan Akta GST

Bangunan Penguasa Hasil Mahsul Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 07:59PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 08:01PM

SINGAPURA: Parlimen meluluskan beberapa pindaan kepada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini (3 Nov) termasuk memberi lebih banyak kuasa kepada pegawai penguat kuasa cukai untuk merampas barangan semasa menyiasat jenayah cukai.

Langkah-langkah baru untuk mengatasi skim penipuan yang digunakan sindiket dikenali sebagai penipuan membabitkan peniaga yang hilang juga diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pindaan yang bertujuan melindungi dana awam dan menyiasat kesalahan cukai.

Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong membentangkan pindaan Rang Undang-Undang bagi bacaan kali kedua di Parlimen.

Beliau berkata kuasa yang dipertingkat itu akan membolehkan pegawai khas dari Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) untuk "menyita atau melarang pembuangan atau menguruskan sebarang barangan disyaki atau hendak digunakan bagi melakukan kesalahan di bawah Akta GST".

Kuasa untuk menyita itu juga meliputi barangan yang mungkin dapat membantu siasatan atau pendakwaan kesalahan sedemikian.

"Ini mencegah sindiket daripada menggunakan barangan untuk melakukan penipuan dan ia adalah langkah penting untuk mematahkan operasi skim penipuan," ujar beliau.

Pindaan terhadap undang-undang itu akan memperkenalkan tiga langkah.

Pertama, pengawal selia GST mempunyai hak untuk menolak tuntutan GST jika beliau merasakan perniagaan itu "tahu atau sepatutnya tahu" bahawa pembelian itu adalah sebahagian daripada urusan palsu dan tidak sah.

Pengawal tersebut bertanggungjawab membuktikan berlaku penipuan, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Perniagaan boleh memohon untuk membuat semakan dan perubahan jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan pengawal tersebut.

Rayuan seterusnya boleh dibuat kepada Lembaga Semakan GST.

Kedua, perniagaan yang tidak ditolak tuntutan GSTnya disebabkan perkara itu akan dikenakan bayaran 10 peratus.

Yuran itu, dikenakan ke atas jumlah tuntutan GST yang ditolak, bertindak sebagai pencegahan dan jumlahnya akan disemak dari masa ke masa, kata Encik Wong.

Ketiga, pengawal selia itu akan dibenarkan untuk mengenakan syarat terhadap perniagaan yang perlu berdaftar bagi GST, menolak pendaftaran GST atau membatalkan pendaftaran GST jika ada pencabulan syarat-syarat itu.

Encik Wong berkata adalah "penting" untuk menghentikan penipuan perdagangan yang hilang "daripada dicuba di seluruh rangkaian nilai pada peluang yang pertama".

Ia juga penting bagi semua perniagaan yang sudah berdaftar GST menjalani pemeriksaan yang cukup dan sesuai supaya dapat mengelak daripada terlibat dalam sebarang urusan penipuan, tambah beliau. 

Sumber : CNA/RU/ru

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa