Lebih banyak kios layan diri disediakan untuk bayar zakat fitrah tahun ini
Kadar zakat fitrah bagi Ramadan 1446H/2025 adalah S$5.00 (kadar biasa) dan S$7.90 (kadar tinggi) untuk setiap orang.
Kadar zakat fitrah bagi Ramadan 1446H/2025 adalah S$5.00 (kadar biasa) dan S$7.90 (kadar tinggi) untuk setiap orang. (Gambar: Muhammadiyah)
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (28 Feb).
Kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan harga median bagi 2.3kg beras dalam dua gred - harga biasa dan lebih tinggi - yang lazimnya dimakan oleh masyarakat Islam tempatan.
MUIS memperkenalkan dua peringkat bagi kadar zakat fitrah pada 2005 untuk memberi kesempatan kepada umat Islam yang ingin menyumbang lebih daripada kadar biasa. Umat Islam boleh memilih kadar yang paling sesuai bagi mereka.
Dalam menetapkan kadar tahun ini, MUIS telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap harga beras dari November 2024 hingga Januari 2025.
Walaupun harga beras gred biasa kekal stabil, harga beras gred lebih tinggi menunjukkan peningkatan melebihi 3 peratus.
Bagi mencerminkan keadaan pasaran semasa, MUIS mengekalkan kadar zakat fitrah biasa sambil menyesuaikan kadar lebih tinggi bagi pilihan beras premium.
LEBIH BANYAK KIOS LAYAN DIRI DIPERKENALKAN
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan MUIS untuk memudahkan masyarakat Islam menggunakan khidmat digital, MUIS memperluaskan inisiatif Kios Layan Diri kepada 13 lagi masjid, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 46 lokasi.
Peluasan ini lebih tiga kali ganda jumlah kios yang disediakan sejak inisiatif itu dirintis di 16 masjid pada 2023.
Berikut merupakan lokasi-lokasi baharu bagi kios layan diri tersebut:
- Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran
- Masjid Al-Firdaus
- Masjid Al-Istighfar
- Masjid En-Naeem
- Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
- Masjid Hasanah
- Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
- Masjid Sallim Mattar
- Masjid Tentera Di-Raja
- Masjid Yusof Ishak
- Masjid Pertempatan Melayu Sembawang
- Masjid Moulana Mohamed Ali
- Masjid Kampong Delta
Kios layan diri di masjid membolehkan jemaah membuat pembayaran digital menggunakan kad debit bagi pelbagai kewajipan agama. Ini termasuk zakat harta, zakat fitrah, fidyah, dan kaffarah, serta sumbangan untuk masjid (OurMasjid.SG), madrasah (OurMadrasah.SG), dan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
CARA MEMBAYAR ZAKAT
MUIS menggalakkan orang ramai untuk membayar zakat melalui saluran rasmi yang sah.
Bagi zakat harta dan zakat fitrah:
- Menerusi laman ZakatSG, www.zakat.sg atau menggunakan PayNow, NETS QR atau Kad Debit
- Aplikasi DBS dan POSB atau perbankan internet di https://internet-banking.dbs.com.sg
- CIMB Clicks
- Stesen-stesen AXS merata negara menggunakan Kad Debit atau NETS
- AXS e-Station, www.axs.com.sg, menggunakan Kad Debit, PayNow, DBS Paylah!, e-NETS
- AXS m-Station (aplikasi mudah alih) menggunakan Kad Debit, eNETS, DBS PayLah!, OCBC Digital
- Bayaran cek kepada MUIS
Bagi zakat harta sahaja:
- OCBC Al-Wadiah
- Bayaran ansuran bulanan menerusi GIRO (muat turun borang GIRO di www.zakat.sg)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.