Lebih banyak kes cabul kehormatan & mencuri; jenayah fizikal naik 4.4% tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail seorang wanita mencuri sepasang anting-anting. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Kes-kes mencabul kehormatan dan mencuri meningkat pada tahun 2022 dengan kes jenayah fizikal naik sebanyak 4.4 peratus.
Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (16 Feb).
Sebanyak 20,193 kes jenayah fizikal dilaporkan tahun lalu, meningkat daripada 19,343 kes pada 2021 namun tetap masih rendah berbanding tahap sebelum pandemik.
Peningkatan kes jenayah tersebut menyusuli pelonggaran langkah-langkah COVID-19 apabila lebih banyak kegiatan disambung semula pada 2022, menurut SPF dalam kenyataan medianya.
Namun apabila dibandingkan dengan perangkaan sebelum pandemik pada 2019, keadaan sebenarnya bertambah baik, kata Penolong Pesuruhjaya Gregory Tan, yang juga pemangku pengarah operasi SPF.
Dengan kepesatan pendigitalan tatkala pandemik, Encik Tan menambah jenayah kewangan dan penipuan, kebanyakannya berlaku di alam siber, dijangka akan terus meningkat.
Statistik penipuan dan jenayah siber didedahkan secara berasingan minggu lalu sedang pihak polis menjelaskan bahawa peningkatan jumlah penipuan sudah mengatasi banyak jenis jenayah fizikal lain dan memesongkan penunjuk jenayah keseluruhan.
Jumlah kes penipuan dan jenayah siber naik lebih daripada satu perempat kepada 33,669 tahun lalu.
CABUL KEHORMATAN DAN PENYAKIT INTAI
Jumlah kes mencabul kehormatan, yang membentuk 8 peratus daripada keseluruhan jenayah fizikal, menginjak daripada 1,474 kepada 1,610 tahun lalu. Hampir 60 peratus daripada kes-kes itu melibatkan suspek yang dikenali mangsa.
Polis menarik perhatian kepada kes mencabul kehormatan di kelab malam melonjak daripada 21 kepada 129 tahun lalu apabila hiburan awam disambung semula dengan Singapura bangkit daripada pandemik COVID-19.
SPF melancarkan edisi ketiga kempen "berlibur dengan bijak" ("smart clubbing") pada Januari, dengan mempromosikan senarai semakan bagi pusat hiburan awam dan menggalakkannya mematuhi syarat-syarat pelesenan.
Kes mencabul kehormatan dalam pengangkutan awam juga naik daripada 163 kepada 178 tahun lalu sedang jumlah penumpang meningkat.
Usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenayah seumpama itu termasuk menampal poster di gerabak MRT, stesen-stesen kereta api dan pusat pertukaran bas, menurut SPF.
Sementara itu, kes penyakit intai jatuh daripada 467 kepada 424 tahun lalu, merangkumi 2.1 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal. Tiga tempat utama di mana insiden sedemikian berlaku adalah di kawasan kediaman, sistem pengangkutan awam dan pusat-pusat beli-belah.
Kes-kes yang berlaku dalam pengangkutan awam lazimnya melibatkan petikan gambar bawah skirt, manakala kes yang berlaku di tempat-tempat lain terutamanya melibatkan pelaku yang dikenali mangsa. Misalnya, anggota keluarga atau penyewa yang duduk serumah yang mengintip mereka sewaktu di dalam bilik air.
LEBIH BANYAK KES CURI
Terdapat 3,244 kes mencuri di kedai pada tahun lalu, dengan peningkatan lebih 20 peratus berbanding perangkaannya sebanyak 2,652 pada 2021. Jumlah itu membentuk lebih 16 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal.
Hampir 70 peratus daripada kes-kes tersebut berlaku di kedai runcit seperti gedung serbaneka, pasar raya, farmasi, kedai mini mart dan kedai serbaneka.
Barangan yang dicuri biasanya termasuk makanan dan minuman, minuman keras, produk jagaan diri, pakaian dan aksesori serta barang solek.
Kes-kes mencuri lazimnya dikesan menerusi tingkah laku yang mencurigakan oleh kakitangan kedai, kesedaran bahawa terdapat barang yang hilang sewaktu mengira stok atau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mendedahkan insiden barangan tidak dibayar di kaunter layan diri, menurut SPF.
Insiden mencuri di tempat tinggal, yang berlaku di tempat kediaman atau tempat yang digunakan untuk menyimpan harta benda, juga meningkat daripada 1,359 kepada 1,729 kes tahun lalu, sekali gus membentuk 8.6 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal.
SPF menyatakan peningkatan ketara itu disaksikan di kediaman dan hartanah komersil di mana kes mencuri masing-masing meningkat kepada 881 kes dan 503 kes tahun lalu.
Kes mencuri di premis komersil lazimnya melibatkan wang tunai, barang kemas, barangan elektronik seperti telefon bimbit dan beg atau jam tangan berjenama.
Dalam kebanyakan kes, suspek dikenali oleh mangsa, seperti penyewa atau rakan sebilik, anggota keluarga, penyedia perkhidmatan atau pekerja pembersihan serta kawan atau rakan sekerja.
Merusuh meliputi antara lima jenayah membimbangkan yang dikenal pasti oleh SPF. Kes merusuh meningkat kepada 60 pada tahun lalu daripada 46 pada 2021, dengan semakin banyak interaksi dilakukan dalam kalangan kumpulan lebih besar selepas kegiatan sosial disambung semula serta pembukaan semula tempat hiburan malam.
Perangkaan itu membentuk 0.3 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal dan ia lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik, menurut SPF.
"Meskipun jenayah fizikal meningkat pada 2022, keadaan jenayah di Singapura masih kekal terkawal," kata Penolong Pesuruhjaya SPF.
"SPF akan terus memperhebatkan usaha kami untuk mengawal jenayah fizikal sedang kami kembali hidup dalam keadaan normal selepas COVID-19."

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.