Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kerjasama silang sektor, pertubuhan untuk sokong kerja sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kerjasama silang sektor, pertubuhan untuk sokong kerja sosial

(Gambar: Lim Li Ting/TODAY)

Diterbitkan : 12 Mar 2022 04:55PM Dikemas Kini : 12 Mar 2022 04:57PM

SINGAPURA: Lebih banyak kerjasama silang sektor dan sokongan pertubuhan, antara perubahan yang diharapkan pekerja sosial bagi melengkapi inisiatif-inisiatif yang diumumkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) baru-baru ini.

Inisiatif-inisiatif itu bertujuan membina daya tahan jangka panjang sektor berkenaan.

Keganasan keluarga, masalah kewangan, dan niat membunuh diri. Isu-isu itu antara yang perlu ditangani pekerja sosial hampir setiap hari.

Justeru, Pemerintah merancang untuk mengadakan lebih banyak kursus latihan.

BACA:Kerjasama MSF- agensi perkhidmatan sosial untuk tangani lebih baik kes keganasan keluarga

Selain meningkatkan kemahiran individu, seorang pekerja sosial mapan, Cindy Ng, Pengarah di Melrose Home @ Children's Aid Society berkata pertubuhan-pertubuhan juga perlu melakukan perubahan struktur masing-masing.

"Jika kita hanya menumpukan usaha pada peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengambil kira realiti di lapangan, iaitu kakitangan mungkin terlalu tertekan dan dibebani banyak tugas," katanya.

"Maka itu penting untuk mempertimbangkanfaktor lain, seperti menganggarkan beban kerja dengan baik, keupayaan dan kesan daripada perkhidmatan dan sumber yang diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini."

Sehubungan dengan itu Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) akan melancarkan satu rangka kerja kesihatan pertubuhan pada lewat tahun ini.

Ini akan membantu mengenal pasti kekuatan serta bidang boleh diperbaiki agensi-agensi khidmat sosial (SSA).

Pemerintah merancang untuk mengadakan lebih banyak kursus latihan.

Selain meningkatkan kemahiran individu, seorang pekerja sosial mapan berkata pertubuhan-pertubuhan juga perlu melakukan perubahan struktur masing-masing.

Sehubungan dengan itu Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) akan melancarkan satu rangka kerja kesihatan pertubuhan pada lewat tahun ini.

Ini akan membantu mengenal pasti kekuatan serta bidang boleh diperbaiki agensi-agensi khidmat sosial (SSA).

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan