Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kenaikan kadar faedah global boleh dijangka meski rentak pengetatan dasar bank perlahan: MAS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2023 07:24PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 10:42PM
SINGAPURA: Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon memberi amaran tentang lebih banyak kenaikan kadar faedah global pada masa depan.

Ini meskipun selepas bank-bank pusat di seluruh dunia telah memperlahankan rentak mengetatkan dasarnya.

Bercakap semasa satu persidangan pelaburan pada Khamis (9 Mac), Encik Menon juga menarik perhatian bahawa inflasi masih jauh daripada sasaran.

Menurut beliau lagi, bank-bank pusat menghadapi cabaran untuk menurunkan inflasi tanpa menjejas pertumbuhan atau kestabilan kewangan.

Namun beliau berkata, betapa pantas ia berlaku juga bergantung kepada pasaran buruh.

Encik Menon juga menarik perhatian kekurangan tenaga kerja yang berterusan bermakna harga dan gaji akan menjadi lebih tinggi.

Ini seterusnya akan memberikan tekanan kepada bank-bank pusat untuk menaikkan kadar faedah lebih lanjut pada tahun ini.

Encik Menon juga merujuk kepada faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi naik turun kadar faedah.

Ini termasuk rentak pembukaan semula China serta harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan