Lebih banyak kematian, insiden di tempat kerja dicatat pada 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kematian di tempat kerja, kejadian berbahaya dan kes-kes penyakit berkait pekerjaan di Singapura melonjak sejak 2022.
Demikian menurut Laporan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahunan yang diterbitkan pada Selasa (4 Apr).
Laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), menunjukkan bahawa berlakunya 46 kematian di tempat kerja pada tahun lalu, pada kadar 1.3 bagi setiap 100,000 pekerja.
Jumlah itu naik daripada 37 pada 2021 dan merupakan jumlah tertinggi kematian di tempat kerja sejak 2015 dan 2016, di mana berlakunya 66 kes pada setiap tahun tersebut.
Dua punca utama adalah insiden melibatkan kenderaan dan terjatuh dari tempat yang tinggi. Ia menyumbang kepada lebih separuh kes kematian di tempat kerja pada 2022. Jumlah kes paling banyak, iaitu 14, berlaku di sektor binaan.
"Sebahagian besar punca kenaikan jumlah kes kecederaan teruk di tempat kerja adalah disebabkan kelemahan dari segi keselamatan asas, seperti perancangan keselamatan dan langkah kawalan yang tidak mencukupi, serta langkah-langkah keselamatan yang tidak dipatuhi," menurut MOM.
Jumlah kejadian berbahaya yang berpotensi menyebabkan beberapa kematian, namun tidak mengakibatkan kecederaan juga naik dua kali ganda dari 13 ke 27 pada 2022. Terdapat 46 kes sedemikian dilaporkan pada 2015.
Antara insiden yang berlaku tahun lalu, 20 kes melibatkan bahagian struktur runtuh atau alat yang gagal berfungsi. Manakala kes yang lain melibatkan kebakaran dan letupan.
Menurut MOM, lonjakan kes pada tahun lalu adalah disebabkan kenaikan jumlah insiden berkaitan kren dalam sektor binaan. Ia menyumbang jumlah terbesar, iaitu 56 peratus, daripada semua insiden berbahaya.
Kementerian tersebut merujuk kepada geran berjumlah S$4 juta yang diumumkan pada Januari, untuk membiayai pemasangan sistem kawalan kestabilan pada lori kren.
MOM juga menyatakan ia sedang mengkaji semula langkah-langkah tambahan yang akan meningkatkan kecekapan pengendali kren dan memperkukuh langkah pencegahan operasi kren yang tidak selamat.
Tempoh keselamatan dipertingkat (HSP) dilaksanakan pada September tahun lalu sebagai tindakan kepada kenaikan kes kematian di tempat kerja. Ia menurunkan purata kematian bulanan daripada 4.5 kepada 2.5
HSP kemudian dilanjutkan sehingga 31 Mei tahun ini. Sebuah Pasukan Bertindak Berbilang Agensi bagi Keselamatan di Tempat Kerja juga ditubuhkan untuk mewujudkan strategi bagi mengukuhkan keselamatan di tempat kerja.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.