Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kelengkapan flat ditawarkan kepada warga emas bagi jalani kehidupan aktif, berdikari

Warga emas tidak lama lagi boleh memilih daripada pelbagai jenis kelengkapan di bawah sebuah program untuk melengkapi rumah mereka dengan ciri-ciri keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kelengkapan flat ditawarkan kepada warga emas bagi jalani kehidupan aktif, berdikari

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Warga emas tidak lama lagi boleh memilih daripada pelbagai jenis kelengkapan di bawah sebuah program untuk melengkapi rumah mereka dengan ciri-ciri keselamatan.

Ia sebahagian daripada rancangan untuk membantu warga emas kekal aktif dan menjalani kehidupan secara berdikari di rumah dan estet masing-masing.

Antara kelengkapan yang akan ditawarkan di bawah fasa kedua program EASE adalah alat penyembur bidet, palang pemegang yang boleh dilipat dan bebendul jalan di pintu masuk tandas bagi memudahkan mereka yang berkerusi roda menggunakan tandas.

HDB juga akan melanjutkan penggunaan sistem semboyan tanpa wajar kepada semua warga emas yang tinggi di rumah sewa.

Sekitar 27,000 warga emas dari 170 flat sewa akan meraih manfaat daripadanya, mulai dengan mereka yang tinggal di Bukit Merah dan Kallang-Whampoa.

"Kami akan terus membangunkan sebuah rumah yang memberi tindak balas kepada keperluan penduduk yang pelbagai dan berubah-ubah, sebuah rumah yang menyepadukan perumahan dengan sokongan sosial untuk memperkasaskan golongan berpendapatan rendah, dan sebuah rumah yang membolehkan warga emas meniti usia tua mereka dengan selamat dalam masyarakat, di kawasan kejiranan dan rumah-rumah kami," kata Menteri Negara bagi Pembangunan Negara, Muhammad Faishal Ibrahim.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan