Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kedai sukan dan kesejahteraan dibuka di Dempsey

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kedai sukan dan kesejahteraan dibuka di Dempsey

(Gambar: SLA)

Diterbitkan : 31 Jan 2025 05:46PM Dikemas Kini : 31 Jan 2025 05:47PM
SINGAPURA: Singapura sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pilihan sukan dan kesejahteraan di kawasan gaya hidup berhampiran kawasan pusat bandar.

Kira-kira 30 peratus daripada penyewa baharu di kawasan Dempsey sejak kebelakangan ini adalah mereka yang menawarkan gabungan makanan dan minuman (F&B) dan pengalaman unik.

Sebagai contoh, salah satu kedai di Dempsey bukan sekadar menjual coklat, tetapi ia juga menawarkan pengalaman dalam menghasilkan manisan itu.

Para pelanggan boleh mereka bentuk kepingan coklat mereka sendiri yang diperbuat daripada biji koko dan diperolehi dari ladang-ladang di seluruh Asia.

Mereka juga boleh menyaksikan bagaimana bonbon dicipta dengan sentuhan Asia, menggunakan perisa seperti kicap, limau kalamansi dan seri kaya.

Salah satu penyewa terbaharu di
kawasan Dempsey pula menawarkan lawatan di sebalik tabir dan bengkel membuat coklat pada hujung minggu.

Konsep tersebut membantu mengekalkan perniagaan di cawangan utama itu.

Sejak beberapa tahun lalu, lebih banyak penyewa juga menawarkan pengalaman unik.

Terdapat juga lebih banyak perniagaan dari sektor kesihatan dibuka di Dempsey.

Menurut sebuah firma daripada bidang kecergasan yang dibuka di Dempsey, jumlah pengunjung semakin bertambah sejak enam tahun lalu, justeru ia perlu meluaskan ruang perniagaannya.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan