Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kedai kopi HDB tawar Menu Jimat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Dec 2023 07:46PM Dikemas Kini : 11 Dec 2023 11:55PM
SINGAPURA: Pilihan makanan berharga kurang S$3.50 kini ditawarkan di lebih banyak kedai kopi.

Sejauh ini, sebanyak 114 kedai kopi sewa HDB telah menyertai inisiatif Menu Jimat yang menawarkan pilihan makanan lebih murah tetapi tetap berkhasiat, di estet-estet perumahan awam.

HDB yakin dapat mencapai matlamatnya menarik penyertaan 130 kedai kopi kepada inisiatif itu menjelang akhir tahun ini, dan di semua 374 kedai kopinya dalam masa tiga tahun lagi.

Inisiatif itu dimulakan pada Mac lalu dan makanan-makanan yang ditawarkan dijual pada harga S$3 hingga S$3.50.

Di sebalik penyertaan lebih banyak kedai kopi, masih ramai penduduk yang tidak tahu tentang inisitif tersebut.

Respons kepada insisiatif itu juga agak bercampur-campur.

Beberapa gerai yang dikunjungi Mediacorp berkata, semua tawaran menu jimatnya habis terjual selepa smakan tengah hari.

Ada pula yang mengadu jualan agak hambar dengan hanya dua hingga tiga pelanggan membelinya.

Penduduk boleh menggunakan portal "Budget Meal Go Where" untuk mengetahui gerai-gerai yang menyertai inisiatif Menu Jimat.

HDB juga sedang bekerjasama dengan sekitar 400 kedai kopi milik persendirian untuk menggalaknya menyertai skim tersebut.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan