Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kawal selia pelan insurans jika kos perubatan meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2023 05:35PM Dikemas Kini : 21 Apr 2023 09:55PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung memberi amaran tentang lebih banyak kawal selia pelan insurans privet jika kos perubatan terus meningkat. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 40 peratus lebih banyak pesakit mendapatkan rawatan barah di hospital awam dan swasta. 

Para Anggota Parlimen (AP) juga menyuarakan keprihatinan tentang perlindungan insurans swasta yang murah hati, boleh menaikkan lagi kos ubat bagi rawatan barah. 

Namun, terdapat lagi sebab-sebab lain. 

"Sebagai pasaran kecil, Singapura kurang kuasa berunding dan membayar harga perolehan yang lebih tinggi bagi senarai ubat barah atau CDL yang diumumkan pada Ogos 2021.

"Syarikat-syarikat perubatan telah menurunkan harga (produknya) untuk merangkumi ubat-ubatnya dalam CDL agar mereka mendapat perlindungan kewangan, seperti subsidi dan MediShield, MediShield Life dan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP)," kata Encik Ong.

Sesetengah AP berkata, syarikat-syarikat insurans sedang mengeluarkan lebih banyak pilihan tambahan insurans atau premium insurans menyusuli senarai baru ubat-ubat barah. 

Senarai itu bertujuan untuk mengawal kos rawatan barah dan bayaran insurans. 

"Jadi sekiranya permintaan bagi pilihan tamban insurans merosot dan kebanyakan orang yakin perlindungan IP sudah mencukupi, saya rasa kami berjaya mengatasi masalah itu. 

"Tetapi jika tingkah laku pelanggan tidak berubah, mereka akan terus mendapatkan pilihan tambahan insurans, meskipun harga premiumnya tinggi, saya bersetuju dengan anggota itu bahawa kami mungkin berdepan dengan masalah. Oleh itu, seperti yang saya katakan sebelum ini, bersama dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kami bersedia untuk mengawal IP dan pilihan tambahan insurans," ujar Encik Ong.

Sumber : CNA/IA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan