Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kapasiti penghasilan diperlukan untuk penuhi permintaan bekalan elektrik SG: Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan memerlukan lebih banyak kapasiti penghasilan untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik yang kian meningkat.

Demikian menurut Menteri Kedua Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Tan See Leng pada Rabu (19 Jul).

Terdapat juga keperluan untuk menggantikan unit penghasilan yang sudah lapuki, tambah Dr Tan semasa berucap di majlis pecah tanah loji janakuasa gas hidtogen pertama Keppel di Pulau Jurong.

Dr Tan, yang juga Menteri Tenaga Manusia, menjelaskan bahawa ia sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaburan baharu dalam sektor berasaskan tenaga seperti pembuatan dan pusat data canggih.

PELABURAN DALAM SEKTOR BERASASKAN TENAGA

"Sistem tenaga Singapura berada dalam situasi kapasti berlebihan sejak sedekad lalu. Ini berikutan pelaburan berlebihan oleh syarikat-syarikat penghasilan," katanya.

"Selama beberapa tahun, sedang permintaan elektrik tumbuh dan loji janakuasa yang lapuk tidak lagi digunakan, margin rizab kami telah merosot.

"Menjelang 2025, kami akan mencapai margin rizab 27 peratus yang diperlukan, iaitu margin yang untuk memastikan kebolehpercayaan grid berdasarkan portfolio sumber penjanaan semasa."

Loji janakuasa Keppel Sakra Cogen, akan ditempatkan di sektor Sakri Pulau Jurong, dan dijangka siap pada separuh pertama 2026.

Ia akan menghasilkan sehingga 600 megawatt elektrik, atau kira-kira 8 peratus daripada puncak permintaan elektrik negara itu pada tahun lalu.

PERALIHAN KEPADA PENGELUARAN SIFAR BERSIH JELANG 2050

Kitaran gabungan loji turbin gas itu adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk membangunkan hidrogen bagi membantu mempercepat peralihan kepada pengeluaran sifar bersih menjelang 2050.

Keppel menyatakan loji tersebut, yang beroperasi pada mulanya dengan menggunakan gas asli sebagai bahan api utama, akan menjadi lebih cekap tenaga berbanding loji-loji lain di Singapura.

Ia dijangka menjimatkan sehingga 220,000 tan karbon dioksida setahun berbanding kecekapan operasi purata Singapura bagi unit dengan tenaga setara yang dijana.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan