Lebih banyak hujan diramal pada Oktober
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)
SINGAPURA: Lebih banyak hujan diramalkan sepanjang Oktober, yang mungkin melegakan cuaca panas yang dialami pada separuh pertama bulan ini, dedah Perkhidmatan Metereologi Singapura (MSS) pada Isnin (16 Okt).
Dalam tinjauan MSS yang dibuat dua minggu sekali, ia menyatakan hujan berserta guruh diramalkan pada kebanyakan hari pada dua minggu akan datang. Hujan beserta guruh diramalkan pada tengah hari minggu ini dan akan berlarutan sehingga sebelah petang buat beberapa hari mendatang.
Agensi cuaca itu menambah bahawa hujan berserta guruh jangka pendek mungkin berlaku merata negara pada lewat pagi dan petang buat minggu seterusnya.
Secara keseluruhan, MSS menyatakan ia menjangkakan curahan hujan melebihi purata pada separuh kedua Oktober.
Dengan hujan dijangkakan pada kebanyakan hari, suhu mungkin berada pada paras lebih rendah berbanding separuh pertama Oktober. Suhu maksimum harian dijangka berada dalam julat antara 33 darjah Celsius dengan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, tambah MSS.
Menurut MSS, lebih banyak hujan juga diramalkan di daerah selatan Asia Tenggara pada dua minggu akan datang, dan mungkin mengurangkan berlakunya jerebu rentas sempadan yang menjejas Singapura.
Kemungkinan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam mencecah julat tidak sihat di Singapura adalah rendah bagi dua minggu akan datang, dedah MSS.
Dalam tinjauannya bagi separuh pertama Oktober, MSS menyatakan bahawa secara umumnya cuaca agak kering dan panas, kecuali beberapa hari apabila hujan turun merata Singapura.
Pada 7 dan 8 Oktober, asap jerebu akibat kebakaran hutan di tengah dan selatan Sumatera ditiup angin ke Singapura. Ia menyebabkan keadaan jerebu dengan mutu udara menjadi kurang sihat di seluruh negara.
Bacaan PSI tertinggi iaitu 123 dicatat di kawasan timur Singapura antara pukul 8.00 dengan 9.00 malam pada 7 Oktober.
Agensi cuaca tersebut menambah bahawa suhu maksimum melonjak melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari pada separuh pertama bulan ini.
Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius dicatat di beberapa kawasan di Singapura, di mana suhu 36.3 darjah Celsius dicatat di Admiralty.
Demikian adalah suhu tertinggi yang dicatat di Singapura pada Oktober, menjangkaui rekod tertinggi sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius yang dicatat pada 14 Oktober 2001 dan 13 Oktober 2019.
Curahan hujan di bawah purata juga dicatat merata negara pada separuh pertama Oktober, dengan Paya Lebar mencatat "anomali tertinggi" 100 peratus di bawah curahan hujan purata, tambah MSS.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.