Lebih banyak hujan diramal pada dua minggu terakhir Januari
Lebih banyak hujan boleh dijangkakan sehingga hujung bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (16 Jan).
(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Lebih banyak hujan boleh dijangkakan sehingga hujung bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (16 Jan).
MSS menyatakan cuaca hujan lebih kerap diramalkan pada separuh kedua bulan ini berbanding pada dua minggu pertama.
"Semasa tempoh ini, pertembungan angin dan udara panas pada sebelah siang dijangka menghasilkan hujan lebat berserta guruh sebelah petang pada lapan hingga 10 hari," menurutnya.
Bagaimanapun, paras air hujan bagi keseluruhan bulan Januari diramal lebih rendah daripada biasa di kebanyakan kawasan di Singapura.
Suhu harian dijangka berada dalam lingkungan 24 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari, menurut MSS.
Bagaimanapun, cuaca pada beberapa hari mungkin meningkat kepada 34 darjah Selsius dan jatuh kepada 23 darjah Selsius pada malam-malam tertentu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.