Lebih banyak hujan dijangkakan pada 2 minggu pertama Mac; suhu mungkin cecah 34 darjah Selsius
Lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama Mac berbanding dua minggu terakhir Februari, walaupun suhu dijangka mencecah setinggi 34 darjah Selsius pada beberapa hari.
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama Mac berbanding dua minggu terakhir Februari, walaupun suhu dijangka mencecah setinggi 34 darjah Selsius pada beberapa hari.
Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Mac) menyatakan cuaca semasa dua minggu pertama Mac akan terus dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut.
Sepanjang tempoh tersebut, angin tahap rendah dijangka bertiup dari barat laut atau timur laut.
Dengan hujan monsun diramal menghampiri khatulistiwa dalam masa dua minggu akan datang, ini bermakna lebih banyak hujan boleh dijangkakan berbanding dua minggu terakhir Februari.
Meskipun hujan dijangkakan, suhu maksimum harian mungkin boleh mencecah sehingga 34 darjah Selsius pada beberapa hari.
MSS turut meramalkan suhu harian pada kebanyakan hari adalah antara 24 hingga 33 darjah Selsius.
Hujan lebat berserta guruh boleh dijangkakan di beberapa bahagian negara ini pada sebelah tengah hari bagi kebanyakan hari sepanjang minggu kedua Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.